Wanita dedah hubungan intim Setiausaha politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi PH dalam Facebook?

Posted on Updated on

hilman-man-new

SHAH ALAM: Hari ini netizen dikejutkan dengan berita baru seorang wanita dalam facebook mendedahkan siapa Hilman Idham. katanya ” Rindu abang ini. Lama tak jumpa dia. lama tak test suara. Nanti ada masa bolehlah jumpa. Wah bila tgk jam ni teringat kisah lama kita berdua. miss u abg.”

Read the rest of this entry »

“Kadir perlu beradab, sukar yakinkan Raja-raja Melayu Pentadbiran Dr Mahathir”- Anwar

Posted on Updated on

kadir dan lge

Apa agenda Kadir Jasin dan Lim Guan Eng mendedahkan perbelanjaan Istana? 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Abdul Kadir Jasin berhubung peruntukan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Beliau berkata walaupun hak untuk menyuarakan pandangan perlu dihormati, wartawan veteran itu perlu menunjukkan penghormatan dan ketertiban (decorum) dalam hal ini. 

Katanya, kritikan itu juga dibuat tanpa memberi peluang kepada Institusi Raja-raja Melayu untuk memberi respons. Read the rest of this entry »

Ini sekolah Melayu, perkataan ‘hindu’ atau ‘kuil’ tidak dibenarkan- Guru Besar SKKU

Posted on

rasis cikgu kajang.jpg

KAJANG- Pengerusi Kuil Sri Maha Karumariamman Alayam (KSMKA) S .M Kathirvellu Taman Kajang Utama menyekar sikap rasis guru besar SK Kajang Utama, Sabaruddin Abu Bakar yang tidak membenarkan penggunaan dewan sekolah untuk mengadakan perayaan rumah terbuka Deepavali pada 4 November, jam 8.00 malam bagi komuniti India di Taman Kajang Utama

“Guru besar SKKU mempersoalkan saya  menggunakan jawatan Pengerusi Kuil KSMKA kerana menurutnya ini merupakan sekolah Melayu dan perkataan penganut Hindu atau Kuil tidak dibenarkan.

“program yang kami anjurkan hanyalah Rumah Terbuka Deepavali bukan sahaja untuk komuniti Taman Kajang Utama, anak-anak berbangsa India yang bersekolah di SK Kajang Utama tetapi juga pendudukan Kajang Utama, kita satu Malaysia. Kita pun ikut semua peraturan sekolah”. katanya.

Menjadi persoalan semua urusan permohonan termasuk arahan guru besar itu untuk meminta kami menukar surat permohonan dari NGO kepada Parti MIC kawasan tetapi selepas ditukar program tidak diluluskan.

“Apa salah NGO hendak buat program Deepavali? Mengapa guru besar itu terlalu ikut arahan Pengerusi PIBG Sekolah yang tidak mahu majlis ini dianjurkan. Ia bukan majlis parti tetapi perayaan kaum. Kami hendak jumpa berbincang pun dia tak mahu.

“Kami akan melaporkan kepada pihak polis berhubung sikap rasis guru besar ini. Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu mengambil tindakan terhadap guru besar ini apatah lagi sikapnya yang pro pada pembangkang PAS.” katanya lagi Read the rest of this entry »

Skandal seks Zairil DAP & Nawar wartawan FMT terus misteri tapi sibuk hal KSP MOF

Posted on Updated on

bila nak jawab fmt.jpg

Sibuk wartawan kanan portal Free Malaysia Today mengesahkan cerita mengenai ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai ahli pengarah di 20 entiti kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Soalan Teresa Kok Ahli Parlimen DAP Seputeh Nawar Firdaws dan FMT di parlimen itu menajdi sebahagian berita utama portal itu sekaligus mengesahkan Nawar mempunyai hubungan akrab dengan DAP.

Nawar Firdaws mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu apabila video skandal beliau bersama YB Zairil Khir Johari Ahli Parlimen Bukit Bendera ketika pilihanraya negeri Sarawak tular dalam media sosial selepas tersebarnya video Dyana dan Zairil di kelab malam terdedah.  Read the rest of this entry »

Wong Chen MP PKR Kelana Jaya selar Kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali beku peruntukan

Posted on

azmin vs wingchen.jpg

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendesak kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali tidak membekukan peruntukan komunitinya supaya beliau dapat meneruskan program Bulan Kebajikannya.

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke Facebooknya, Wong berkata, selepas beliau mendedahkan pengauditan kerajaan negeri ke atas pejabatnya pada 23 Mei lalu, kerajaan negeri menghantar sepucuk surat ke pejabatnya pada 30 Mei menyatakan mereka sedang meneliti perkara itu.

“Bagaimanapun, dalam satu perubahan mengejutkan, kami menerima sepucuk lagi surat daripada kerajaan Selangor pada 9 Jun menyatakan semua perbelanjaan komuniti kami dibekukan,” katanya.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, lebih “mengejutkan” apabila sebahagian perbelanjaan komuniti pejabatnya dibekukan sejak 12 Julai 2016.

“Audit itu hanya selesai pada Februari 2017. Jadi, secara dasarnya kerajaan Selangor Azmin Ali membekukan sebahagian perbelanjaan komuniti kami walaupun sebelum sebarang penemuan diperolehi.”

Dalam pendedahan pada Mei lalu, Wong mengkritik Azmin dan kerajaan Selangor melakukan audit kurang telus, tidak adil dan tidak dikendalikan dengan baik ke atas perbelanjaan bajet RM250,000 yang diperuntukkan kepada pejabatnya. Ia kemudiannya menyebabkan program Bulan Kebajikannya terpaksa digantung.

Read the rest of this entry »

Ahli perniagaan DAP didakwa masuk jari dalam faraj

Posted on

P4250524.jpg

Seorang ahli perniagaan ahli DAP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek terhadap seorang wanita.

Yap Jin Keang, 37, dituduh memasukkan jari ke dalam faraj seorang pereka grafik 26 tahun dalam sebuah kereta dekat Menara Felda, Kuala Lumpur pada petang 14 Mei lalu.

Pengakuan tertuduh dilapor dibuat selepas pendakwaan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim M Kunasundary.

Pertuduhan itu dibuat bawak Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Liyana Zawani Mohd Radzi sebagai pendakwa tidak membenarkan jaminan kerana Yap turut mempunyai kes lain.

Mahkamah juga menolak jaminan terhadapnya dan menetapkan tarikh 12 Julai untuk sebutan kes.

Hasil beli ranking QS World 5 Universiti terus meningkat terbaik dunia

Posted on Updated on

qs.jpg

Portal ini pada 2 Oktober 2016 pernah melaporkan mengenai sindiket Kementerian Pendidikan Tinggi mengarahkan Universiti Awam membeli ranking  bagi meletakkan universiti sebaris dengan universiti terbaik dunia menggunakan  QS World University Rankings.

Tahun lalu senarai baru QS World University Rankings masing-masing berbangga mengemaskinikan status mereka termasuk pelaporan media massa UM dari 146 tahun 2015 kini 133 tahun 2016.

“Lima universiti tempatan berada dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia,” oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. (Bernama, 24 September 2016)

Tahun ini Kedudukan kesemua lima Universiti Penyelidikan Malaysia telah meningkat dalam senarai ranking dunia bagi tahun 2017/ 2018, petik laporan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ‘khabar gembira’ itu sudah sampai kepada pengetahuannya namun ia tidak boleh dimaklumkan sehingga pengumuman rasmi dibuat. Read the rest of this entry »

CEO FGV perlu dipecat, Pengerusi FGV wajar ditukar!

Posted on

isa dan zack.jpg

Selepas mendedahkan surat bantahan peletakan jawatan sebagai CEO FGV selain mencabar SPRM menyiasatnya Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung hari ini membuka mulut lagi bahawa beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai “tidak masuk akal”.

Antara pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling (kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd , sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.

Read the rest of this entry »

Percaya Bomoh Kadet UPNM didera sehingga mati

Posted on

 

upnm.jpg

SERDANG, 3 Jun — Nama Zulfarhan Osman Zulkarnain, kadet yang mati didera kelmarin, disebut-sebut bomoh sebagai individu yang mencuri komputer riba.

Bapa saudaranya berkata perkara itu dimaklumkan rakan baik  mangsa melalui WhatsApp kepada ibu siswa itu Hawa Osman, lapor akhbar Harian Metro. Read the rest of this entry »

Mufti Perlis dan NGO disiasat SPRM?

Posted on Updated on

maza.jpg
KUALA LUMPUR: Sumber dari pejabat Mufti Negeri Perlis mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada membuat siasatan mengenai isu jabatan itu yang dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim.
Ia susulan pendedahan netizen dalam media sosial termasuk sebuah blog Captain M menyatakan Dr Maza dan Ustaz Abd Rasyid bin Idris sebagai pengasas pertubuhan berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam yang didaftarkan pada tahun Tahun 2005 yang dulu dikenali Institut Al-Qayyim (IQ) kini Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim.

Mufti itu dikatakan kekal sebagai pengasas dan Penasihat pertubuhan itu sehingga hari ini sejak ditubuhkan. Read the rest of this entry »