Month: November 2017

Ini sekolah Melayu, perkataan ‘hindu’ atau ‘kuil’ tidak dibenarkan- Guru Besar SKKU

Posted on

rasis cikgu kajang.jpg

KAJANG- Pengerusi Kuil Sri Maha Karumariamman Alayam (KSMKA) S .M Kathirvellu Taman Kajang Utama menyekar sikap rasis guru besar SK Kajang Utama, Sabaruddin Abu Bakar yang tidak membenarkan penggunaan dewan sekolah untuk mengadakan perayaan rumah terbuka Deepavali pada 4 November, jam 8.00 malam bagi komuniti India di Taman Kajang Utama

“Guru besar SKKU mempersoalkan saya¬† menggunakan jawatan Pengerusi Kuil KSMKA kerana menurutnya ini merupakan sekolah Melayu dan perkataan penganut Hindu atau Kuil tidak dibenarkan.

“program yang kami anjurkan hanyalah Rumah Terbuka Deepavali bukan sahaja untuk komuniti Taman Kajang Utama, anak-anak berbangsa India yang bersekolah di SK Kajang Utama tetapi juga pendudukan Kajang Utama, kita satu Malaysia. Kita pun ikut semua peraturan sekolah”. katanya.

Menjadi persoalan semua urusan permohonan termasuk arahan guru besar itu untuk meminta kami menukar surat permohonan dari NGO kepada Parti MIC kawasan tetapi selepas ditukar program tidak diluluskan.

“Apa salah NGO hendak buat program Deepavali? Mengapa guru besar itu terlalu ikut arahan Pengerusi PIBG Sekolah yang tidak mahu majlis ini dianjurkan. Ia bukan majlis parti tetapi perayaan kaum. Kami hendak jumpa berbincang pun dia tak mahu.

“Kami akan melaporkan kepada pihak polis berhubung sikap rasis guru besar ini. Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu mengambil tindakan terhadap guru besar ini apatah lagi sikapnya yang pro pada pembangkang PAS.” katanya lagi Read the rest of this entry »

Advertisements