Wong Chen MP PKR Kelana Jaya selar Kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali beku peruntukan

Posted on

azmin vs wingchen.jpg

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendesak kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali tidak membekukan peruntukan komunitinya supaya beliau dapat meneruskan program Bulan Kebajikannya.

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke Facebooknya, Wong berkata, selepas beliau mendedahkan pengauditan kerajaan negeri ke atas pejabatnya pada 23 Mei lalu, kerajaan negeri menghantar sepucuk surat ke pejabatnya pada 30 Mei menyatakan mereka sedang meneliti perkara itu.

“Bagaimanapun, dalam satu perubahan mengejutkan, kami menerima sepucuk lagi surat daripada kerajaan Selangor pada 9 Jun menyatakan semua perbelanjaan komuniti kami dibekukan,” katanya.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, lebih “mengejutkan” apabila sebahagian perbelanjaan komuniti pejabatnya dibekukan sejak 12 Julai 2016.

“Audit itu hanya selesai pada Februari 2017. Jadi, secara dasarnya kerajaan Selangor Azmin Ali membekukan sebahagian perbelanjaan komuniti kami walaupun sebelum sebarang penemuan diperolehi.”

Dalam pendedahan pada Mei lalu, Wong mengkritik Azmin dan kerajaan Selangor melakukan audit kurang telus, tidak adil dan tidak dikendalikan dengan baik ke atas perbelanjaan bajet RM250,000 yang diperuntukkan kepada pejabatnya. Ia kemudiannya menyebabkan program Bulan Kebajikannya terpaksa digantung.

Beliau ketika menjelaskan fakta dan kronologi kejadian berkata, perbendaharaan negeri memaklumkan akaun pejabatnya diaudit pada Mei 2016, tetapi audit itu hanya selesai pada Februari 2017.

Dalam video hari ini, Wong mendakwa tidak tahu kenapa akaun pejabatnya dibekukan.

“Kami berpendapat pembekuan semua akaun perbelanjaan komuniti kami tidak masuk akal, tidak rasional dan tidak berasas. Pendapat kami berdasarkan fakta mudah pengauditan kerajaan Selangor pada Februari tidak mencadangkan pembekuan perbelanjaan komuniti kami.

“Oleh itu, tindakan membekukan perbelanjaan komuniti kami 4 bulan kemudian pada Jun 2017 benar-benar membingungkan dan penuh dendam.”

Katanya, beliau memutuskan untuk mendedahkan isu itu atas dasar ketelusan dan akauntabiliti.

“Pejabat saya memperjuangkan banyak dasar awam. Ketelusan dan akauntabiliti adalah prinsip paling asas dicerminkan dalam semua dasar awam yang kami gubal dan tidak seperti sesetangah ahli politik, saya tiada apa-apa untuk disembunyikan.

“Saya mahu mengambil peluang daripada pertikaian ini untuk menetapkan standard baru terhadap maksud telus dan tanggungjawab dalam politik Malaysia.”

Bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa beliau tidak meminta campur tangan PKR, Wong berkata, tindakan meminta campur tangan parti “salah dari segi moral” dan juga satu bentuk “penyalahgunaan kuasa”.

“Perkara ini melibatkan tindakan rasmi kerajaan Selangor dan tindakan ini adalah kepentingan awam. Jika kerajaan Selangor rasa tindakan mereka wajar, biar mereka mempertahankan tindakan sendiri.

“Saya di sini bukan untuk menyembunyikan apa-apa bagi sesiapa. Saya berada di sini untuk membersihkan nama baik pejabat dan kakitangan saya, serta memastikan pengundi Kelana Jaya menerima peruntukan komuniti mereka.

“Harapan saya supaya kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali mengambil tindakan daripada kejadian ini untuk memperbaiki cara audit dalaman sepatutnya dilakukan dengan proses sewajarnya pada masa depan. Kerajaan Selangor juga perlu melakukan lebih banyak semak dan imbang supaya keputusan eksekutif sembarangan dan penuh dendam dihapuskan.

“Tiada ahli Parlimen atau adun perlu berasa mereka tertakluk kepada keputusan eksekutif sembarangan. Tiada ahli Parlimen atau adun di Selangor patut mengalami kesukaran yang saya lalui sejak 5 bulan lepas.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s