Hasil beli ranking QS World 5 Universiti terus meningkat terbaik dunia

Posted on Updated on

qs.jpg

Portal ini pada 2 Oktober 2016 pernah melaporkan mengenai sindiket Kementerian Pendidikan Tinggi mengarahkan Universiti Awam membeli ranking  bagi meletakkan universiti sebaris dengan universiti terbaik dunia menggunakan  QS World University Rankings.

Tahun lalu senarai baru QS World University Rankings masing-masing berbangga mengemaskinikan status mereka termasuk pelaporan media massa UM dari 146 tahun 2015 kini 133 tahun 2016.

“Lima universiti tempatan berada dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia,” oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. (Bernama, 24 September 2016)

Tahun ini Kedudukan kesemua lima Universiti Penyelidikan Malaysia telah meningkat dalam senarai ranking dunia bagi tahun 2017/ 2018, petik laporan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ‘khabar gembira’ itu sudah sampai kepada pengetahuannya namun ia tidak boleh dimaklumkan sehingga pengumuman rasmi dibuat.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua lima universiti tersebut kini tersenarai dalam 1 peratus teratas di dunia dalam kalangan 300 universiti terbaik dunia.

“Kementerian menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian ini,” petik kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, rentetan pengiktirafan terbaharu QS itu.

Realitinya apa yang di capai oleh KPT pada hari ini adalah hasil perancangan strategik yang telah begitu lama di usahakan oleh bekas-bekas Menteri KPT sejak zaman Shafie Salleh, DS Mustapa Mohamed, dan Khaled Nordin menjadi Menteri melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN). Objektif utama pelan ini adalah untuk mengangkat pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi. PSPTN mula dilancarkan pada tahun 2007-2010 Versi DS Mustapa Mohamed, 2011-2015 Versi DS Khaled Nordin dan hanya di jenamakan semula oleh Idris Jusoh pada tahun 2015-2020 dan di tambah dengan sedikit warna Soaring Upwards.

Bezanya semasa kedua-dua Menteri iaitu DS Mustapa Mohamed atau Khaled mengetuai KPT, mereka bukan sahaja gigih merancang kecemerlangan untuk pendidikan tinggi negara tetapi juga mengambil berat tentang politik mahasiswa. Mereka berani berhadapan dengan mahasiswa dan mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang cenderung terlibat dalam politik yang menyalahi akta dan undang-undang negara.

Gerakan mahasiswa pro-pembangkang pada masa tersebut dapat di kawal dengan baik oleh Naib Canselor dan TNC HEP dengan sokongan Menteri KPT manakala gelombang sokongan mahasiswa kepada kerajaan meningkat dengan ketara melalui program yang tersusun. Dengan keberanian ini kerajaan akhirnya berani meminda AUKU pada tahun 2012 kerana sokongan politik mahasiswa dalam kampus begitu kuat kepada parti pemerintah.

Namun hari ini Pelantikan Naib Canselor Universiti Awam pun berserabut dengan campur tangan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi sehingga terbocornya segala emel-emel lobi pelantikan Naib Canselor, TNC dan lain-lain lagi. Sikap tidak kisah Idris Jusoh sehingga membiarkan universiti dipimpin oleh Naib-naib Canselor yang tidak memahami aspirasi negara memburukkan keadaan termasuk campurtangan para Pengerusi Lembaga Pengarah dalam pentadbiran universiti.

 

Apa yang ditumpu ialah mengejar ranking dengan mengarahkan semua Universiti yang punya peruntukan membeli rangking QS World University.

beli rank.jpg
Tahun 2016/2017:  5 Universiti Awam ini terlibat dengan Skandal pembelian ranking dari QS World University Rankings. Berbelanja lebih RM 2juta setiap tahun semata-mata rankings. UniMAP yang dikatakan  melakukan usaha sama untuk tersenarai ranking tahun lalu menuai hasil tahun ini. 

5 ipta terbaik QS.jpg
Kedudukan QS World Rankings 2017/2018 terbaru tidak jauh berbeza dengan tahun 2016. Cuma kali ini USM masuk dalam senarai utama di bawah pimpinan Datuk Professor Dr. Asma Ismail bekas KP JPT yang menggerak misi membeli rankings QS World bersama KSU lama Zaini Ujang. Ini bukti bahawa hanya Universiti Awam utama yang ada wang saja boleh masuk rankings berbanding Uiniversiti Awam lain.

Berdasarkan kajian dikeluarkan QS World University Ranking 2015/2016, Universiti Malaya (UM) dari kedudukan 146 pada tahun sebelumnya meningkat kepada 133 pada tahun lepas, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari 331 kepada 270, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 303 kepada 288 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 312 kepada 302.

UNIVERSITI  BAYAR JUTAAN RINGGIT MENYERTAI
QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS!

ranking-1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara membeli rankings

Universiti dipaksa membayar lebih RM 2juta untuk membeli rankings. Semua Universiti yang tersenarai dalam  QS World University Rankings didapati membayar jutaan ringgit sejak beberapa tahun dulu. Hasilnya luar biasa. Lantaran itu sesuatu yang ganjil apabila kedudukan  UM, UUM, UKM, UPM, UTM dan USM tiada dalam senarai yang hebat dalam Times Higher Education World University(THES).

Sumber berkata UniMAP dan beberapa Universiti turut terlibat berbelanja untuk membeli ranking ini tahun 2016 hari ini sudah menuai hasil apabila  berada pada 451 dalam bidang kejuruteraan dan teknologi tahun 2017. Prof Dr Zul Azhar Zahid Naib Canselor berbangga mengenainya. 

UNIMAP.jpg

Tahun lalu portal ini melaporkan Universiti Awam yang mempunyai peruntukan dana pasti akan terjebak. Bersiap lebih RM2 juta!. Mendaftar di QS World University Rankings sahaja memerlukan Universiti awam membayar melebihi RM1juta. ( Beli Sistem & Kriteria Penilaian).

Belum masuk lain-lain lagi. Selebihnya adalah kaedah berikut;

1. Ikut QS buat conference/seminar/program bersama. QS kutip yuran universiti perlu bayar.

2. QS buat seminar DLL. Universiti buka ‘booth’. Universiti kena bayar QS lagi

3. Universiti kena sertai seminar anjuran QS dan Universiti kena bayar kepada QS.

4. QS Star Ratings juga perlu dibayar oleh universiti.

Demi QS World University Rankings Universiti akan manipulasi data terutama data pelajar dan pensyarah. Contohnya Jika Universiti Malaya ada

17000 pelajar
2900 pensyarah
798 pensyarah antarabangsa

Nisbah pelajar pensyarah UM dijadikan sebagai antara yang terbaik di dunia iaitu

6 pelajar 1 pensyarah. ( 6:1)

Boleh percaya ke? Setiap 3 pensyarah tempatan ada 1 pensyarah luar negara? Benarkah? Tidakkah universiti di Malaysia seperti ini. Bukan tipu data?

Jika begitu apa nasib pensyarah tempatan? Dikejar tak dapat dikendong berciciran!

Cuba anda lihat kedudukan mereka di THES Rankings dan Shang Hai Jio Tong Rankins (SJTU). Sama tak? Ada peningkatan? Mengapa hanya QS World University Rankings sahaja yang meningkat?

rangking QS.jpg
Hanya di QS World Rankings berbayar sahaja yang meningkat. Tidak di THES Rankings dan Shang Hai Jio Tong Rankings (SJTU)

Ini dia cara KSU lama yang diteruskan kini, Ketua Pengarah JPT dan Para Naib Canselor Universiti Awam menipu Menteri. Kasihan Menteri KPT. Pihak universiti perlu bersikap jujur. Usah guna jalan pintas begini.

Selain wang rakyat terbang berjuta kerana membayar QS World University Rankings, pensyarah pula dipaksa oleh sistem untuk fokus kepada penyelidikan dan penerbitan selain berlumba-lumba mengumpulkan geran penyelidikan sehingga lupa tugas mendidik mahasiswa.

Dulu kecoh tentang Bajet KPT yang dipotong, biasiswa PraUniversiti digantung serta elaun sara hidup pelajar PHD yang lambat diterima dari KPT. Namun membayar kepada QS World berjuta pun tidak mengapa.

“Atas kesungguhan dan dedikasi kerja yang ditunjukkan oleh semua pentadbir universiti, saya percaya universiti kita yang berada di bawah akan terus melonjak dalam kedudukan masing-masing,” katanya Idris Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi menyampaikan peningkatan rankings Universiti Awam tahun 2017.

Idris merakamkan penghargaan kepada semua Naib Canselor, Pengerusi serta Lembaga Pengarah universiti dan warga kementerian atas peranan dalam memartabatkan dan meningkatkan kedudukan universiti tempatan dalam kelompok unuversiti lain di dunia.

 

Advertisements

One thought on “Hasil beli ranking QS World 5 Universiti terus meningkat terbaik dunia

    […] admin 1 min ago 4 Views Share Tweet Pinit Google+ Email […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s