Percaya Bomoh Kadet UPNM didera sehingga mati

Posted on

 

upnm.jpg

SERDANG, 3 Jun — Nama Zulfarhan Osman Zulkarnain, kadet yang mati didera kelmarin, disebut-sebut bomoh sebagai individu yang mencuri komputer riba.

Bapa saudaranya berkata perkara itu dimaklumkan rakan baik  mangsa melalui WhatsApp kepada ibu siswa itu Hawa Osman, lapor akhbar Harian Metro.

Mesej itu menyebut Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan lagi kerana dituduh mencuri walaupun beliau bukan satu-satunya pelajar yang disyaki.

“Tapi Paan (Zulfarhan) jadi suspek sebab orang tanya bomoh la bagi keluar nama dia. Lepas tu nak bagi dia mengaku, kawan-kawan pukul dia beramai-ramai.

“Arwah kena pukul dua hari sebab tidak mengaku,” mesej WhatsApp itu dipetik.

Bagaimanapun Harian Metro tidak menamakan bapa saudara dan rakan baik mangsa.

Zulfahran, 21 meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam Khamis dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap seterika wap.

Seramai 36 pelajar direman bagi membantu siasatan kes kematian pegawai kadet laut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah mengarahkan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan segera.

Ibu saudara mangsa Hairiah Jelani pula menyifatkan keadaan mangsa “umpama daging bakar” dengan hampir semua tubuh ada kesan melecur.

“Saya dimaklumkan doktor, arwah meniggal akibat melecur tahap tiga,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro juga melaporkan polis sedang menjejaki bomoh yang didakwa menyebut nama mangsa sebagai pelajar yang disyaki mencuri.

Seorang doktor klinik swasta di Bangi tempat arwah dirawat pada 27 dan 31 Mei lalu juga akan dipanggil memberi keterangan, lapor portal akhbar itu.

“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.

“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri),” kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat. -MALAY MAIL

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s