Month: June 2017

Ahli perniagaan DAP didakwa masuk jari dalam faraj

Posted on

P4250524.jpg

Seorang ahli perniagaan ahli DAP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek terhadap seorang wanita.

Yap Jin Keang, 37, dituduh memasukkan jari ke dalam faraj seorang pereka grafik 26 tahun dalam sebuah kereta dekat Menara Felda, Kuala Lumpur pada petang 14 Mei lalu.

Pengakuan tertuduh dilapor dibuat selepas pendakwaan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim M Kunasundary.

Pertuduhan itu dibuat bawak Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Liyana Zawani Mohd Radzi sebagai pendakwa tidak membenarkan jaminan kerana Yap turut mempunyai kes lain.

Mahkamah juga menolak jaminan terhadapnya dan menetapkan tarikh 12 Julai untuk sebutan kes.

Advertisements

Hasil beli ranking QS World 5 Universiti terus meningkat terbaik dunia

Posted on Updated on

qs.jpg

Portal ini pada 2 Oktober 2016 pernah melaporkan mengenai sindiket Kementerian Pendidikan Tinggi mengarahkan Universiti Awam membeli ranking  bagi meletakkan universiti sebaris dengan universiti terbaik dunia menggunakan  QS World University Rankings.

Tahun lalu senarai baru QS World University Rankings masing-masing berbangga mengemaskinikan status mereka termasuk pelaporan media massa UM dari 146 tahun 2015 kini 133 tahun 2016.

“Lima universiti tempatan berada dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia,” oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. (Bernama, 24 September 2016)

Tahun ini Kedudukan kesemua lima Universiti Penyelidikan Malaysia telah meningkat dalam senarai ranking dunia bagi tahun 2017/ 2018, petik laporan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ‘khabar gembira’ itu sudah sampai kepada pengetahuannya namun ia tidak boleh dimaklumkan sehingga pengumuman rasmi dibuat. Read the rest of this entry »

CEO FGV perlu dipecat, Pengerusi FGV wajar ditukar!

Posted on

isa dan zack.jpg

Selepas mendedahkan surat bantahan peletakan jawatan sebagai CEO FGV selain mencabar SPRM menyiasatnya Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung hari ini membuka mulut lagi bahawa beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai “tidak masuk akal”.

Antara pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling (kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd , sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.

Read the rest of this entry »

Percaya Bomoh Kadet UPNM didera sehingga mati

Posted on

 

upnm.jpg

SERDANG, 3 Jun — Nama Zulfarhan Osman Zulkarnain, kadet yang mati didera kelmarin, disebut-sebut bomoh sebagai individu yang mencuri komputer riba.

Bapa saudaranya berkata perkara itu dimaklumkan rakan baik  mangsa melalui WhatsApp kepada ibu siswa itu Hawa Osman, lapor akhbar Harian Metro. Read the rest of this entry »