Penyampai Berita Astro Awani Saman Rafizi Ramli dan Chegu Bard?

Posted on Updated on

hans-saman-rafizi
Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Laporan Rasuah Aduan Salahlaku Hilman Idham Pegawai Khas MB Selangor bertarikh 31 Mei 2016 yang dihantar kepada SPRM telah didedahkan Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin bekas pemimpin PKR pada 2 Februari lalu menjadi tular minggu ini.

Laporan enam muka surat yang didedah dalam blog Chegubard itu menunjukkan tentang pemilikan harga Hilman Idham tidak sepadan dengan pendapatannya, terdapat habuan wanita dan seks seterusnya menyebut sahabat baik Hilman bernama Hans Yusoff seorang pembaca berita Astro Awani dan isterinya ( Malissa) yang mendapat projek tertentu di Selangor.

laporan-rafizi

Sumber-sumber rapat dengan Hans Yusoff mendedahkan Hans bakal menyaman Rafizi dan CheguBard yang mendedahkan laporan rasuah SPRM itu.

Jumaat lalu dalam kenyataan Hans Yusoff di facebooknya akan bertindak kepada pihak-pihak yang memfitnah dan mengaibkannya.

“Saya fikir sudah tiba masanya untuk bertindak selepas beberapa kali difitnah dan diaibkan oleh politikus gagalis!”

Katanya dia sudah penat dengan isu-isu melibatkan dirinya. Orang pertama yang membabitkan Hans Yusoff ialah Rafizi dalam laporan rasuah kepada SPRM bagaimanapun ia misteri sehingga dipaparkan dalam blog Chegu Bard pada 2 Februari itu.

Oleh itu Rafizi dan Chegu Bard adalah dua nama yang bakal disaman oleh Hans Yusoff. Sumber juga menyatakan Azmin MB meminta Hans Yusoff mempertimbangkan semula saman itu bagi mengelakkan publisiti meluas mengenai Hilman Idham Pegawai Khasnya itu selain Hans sebagai selebriti Astro Awani yang terkenal dan memburukkan stesyen tv terkenal itu.

Umum mengetahui cara Azmin menangani isu di Selangor iaitu berdiam diri atau menyerahkan tanggungjawab kepada mana-mana Exconya. Kisah aiskrim Azmin, Paya Indah Wetlands, masalah air Selangor, rasuah Gamuda dan SPLASH, gerbang selangor, beg plastik RM0.20 sen dan banyak isu melibatkan Azmin tidak pernah dijawab.

KamikazeNews

2 thoughts on “Penyampai Berita Astro Awani Saman Rafizi Ramli dan Chegu Bard?

    […] Hilman Idham Pegawai Khasnya pula terus didedah membuka pula kisah selebriti penyampai berita Astro Awani Hans Yusoff. Kalau SPRM tidak membuka semula kertas siasatan memang benarlah mereka memilih-milih!. Sudah lama […]

    Like

    […] tweet palsu. Rasuah Hilman Idham Pegawai Khasnya pula terus didedah membuka pula kisah selebriti penyampai berita Astro Awani Hans Yusoff. Kalau SPRM tidak membuka semula kertas siasatan memang benarlah mereka memilih-milih!. Sudah lama […]

    Like

Leave a comment