Tidak mengapa ‘curang’ asalkan sokong DAP- Hannah Yeoh Speaker Selangor

Posted on

Hari ini tular video ucapan pemimpin DAP Hannah Yeoh Speaker DUN Selangor  dalam Persidangan Parti DAP tahun 2012  mengenai pemimpin DAP yang sentiasa memelihara  institusi perkahwinan dan keluarga sambil menyalahkan sikap  pemimpin BN yang memperkecilkan institusi perkahwinan. Katanya;

Politicians who value families, marriages, their spouse […] must never be like politicians from BN. Some of them, you know, have belittled the institution of marriage and even caused public humility to their spouse because of adultery.

Bagaimanapun sejak gambar intim Zairil dan Dyana tersebar bermula tahun 2014 Hannah Yeoh tidak pernah membuat kenyataan tentang rakan DAPnya selaku Ahli Parlimen Bukit Bendera itu.
Penyebaran  dua video Zairil dengan seorang wanita di kelab malam sekitar Mac dan gambar intim ‘peluk cium’ terus menutup mulut Speaker itu dari menegur atau mempertahankan sahabatnya Zairil.

Zairil sebelum ini dalam media terus menafikan gambar yang tersebar adalah gambarnya. Dyana pula tidak membuat penafian terhadap gambarnya tetapi bertegas sesiapa juga dalam gambar itu adalah hak privasi dan tidak wajar diganggu.

Lebih teruk 20 April lalu Zairil Khir Johari  dikatakan telah membuat pertemuan dengan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung penyebaran gambar intim dan mesranya dengan Dyana. Zairil telah menjelaskan kedudukannya kepada Lim Guan Eng.Tidak ada respon dari Lim Guan Eng mengenai Zairil sehingga kini.

Isteri Zairil dahlia dan ibu Dyana juga dikatakan berang berhubung penyebaran gambar Dyana dan Zairil itu terus terdiam apabila video terbaru Zairil dengan Nawar Firdaws wartawan kanan portal Free Malaysia Today berpegang tangan tular dua hari lalu. Zairil belum membuat penafian tentang hubungannya dengan wartawan itu.

zairil dan nawar pegang tangan
Kenali Wartawan FMT & Zairil

Inilah bukti pemimpin DAP hanya jenis berpura-pura di depan baik seperti pejuang institusi keluarga tetapi dibelakang merekalah yang terlibat sebagai suami curang dan berzina dengan perempuan lain seperti Zairil dengan Dyana dan Nawar Firdaws.

Umum mengetahui Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP pemimpin defacto DAP pernah dikaitkan hubungan selingkuh dengan Ng Phaik Kheng  kakitangan di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng sehingga dahi Lim Guan Eng ‘Benjol’ kerana amukan isterinya Betty Chew.

Sebagaimana saranan Ketua Polis Negara, Hannah Yeoh dinasihatkan menegur Zairil dan Dyana membuat laporan polis dan membersihkan nama mereka dan parti DAP dari skandal yang berlaku dalam DAP sekarang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s