Lim Guan Eng DAP benarkan The TOP@KOMTAR operasi secara haram demi Richard Koh proksinya?

Posted on

LGE DOUBLE STANDARD.jpg

Benarlah kata orang Pulau Pinang Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang diktator DAP yang ‘double standard’. Kalau perkara itu urusan DAP dan milik mereka semua boleh dilakukan. Orang lain semua salah

Masih ingat lagi pada 25 Jun 2015 Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister dikatakan mengikut undang-undang.

Ketika itu Ahli Majlis MBPP dari DAP Ong Ah Teong, berkata pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan. Kata MBPP mereka hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tetapi lain pula bula bangunan The Top @KOMTAR boleh beroperasi secara haram tanpa Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan ( CCC). Amat jelas pemaju Only World Group
dimiliki oleh Dato’ Sri Richard Koh melangggar Undang-undang PBT.

Semakan di laman web Jabatan Kerajaan Tempatan ( JKT) KPKT menjelaskan SISTEM PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (Certificate of Completion and Compliance – CCC) terletak di bawah orang yang mengemukakan pelan bangunan seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 71 Akta 133.

Boleh rujuk

http://jkt.kpkt.gov.my/…/20…/Perakuan_Siap_dan_Pematuhan.pdf

http://jkt.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/93

http://www.mlg.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php…

Di bawah sistem baru ini, PBT masih mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam proses pengeluaran CCC seperti mana diperuntukkan di bawah subseksyen baru 70 (23) dan (24) Akta 133. Di bawah subseksyen baru 70 (23) Akta 133, PBT diberi kuasa bagi mengeluarkan notis bertulis kepada Principal Submitting Person (PSP) dan SP supaya memperbetulkan ketidakpatuhan yang berlaku selain diberi kuasa mengeluarkan arahan bertulis kepada PSP untuk menahan pengeluaran CCC sehingga ketidakpatuhan diperbetulkan. Manakala di bawah subseksyen baru 70 (24) Akta 133, PBT boleh menyebabkan apa-apa kerja dilaksanakan atau apa-apa langkah diambil bagi tujuan memperbetulkan ketidakpatuhan berlaku.

Selain itu, PBT mempunyai kuasa di bawah seksyen 85A Akta 133 bagi mengarahkan pemeriksaan bangunan secara berkala dijalankan oleh pemunya sesuatu bangunan selepas 10 tahun dari tarikh pengeluaran CCC bagi bangunan tersebut.

Isunya sejak The Top@ Komtar yang diubahsuai dirasmikan 18 Disember 2016 lalu iaitu kira-kira 4 bulan yang lalu The Top@Komtar dikatakan tidak mempunyai CCC lagi. Terutama di aras 5 kawasan orang awam yang berkunjung seperti Taman Tema, Pawagam Dome 7 Dimensi dll berkaitan. Jabatan Bomba dan Penyelamat juga tidak meluluskan dari aspek keselamatan kebakaran kerana dilihat tidak menepati piawaian keselamatan bangunan. Ini mengundang bahaya kepada pengunjung The Top @Komtar.

Mengapa kalau pemaju Only World Group yang melabur RM200 juta dibenarkan beroperasi secara haram tanpa CCC. Tapi pihak lain tiada permit pun Majlis Bandaraya Pulau Pinang benarkan. Tidakkah ini double standard? Tidakkah ini jelas PBT tidak memantau pengeluaran CCC terhadap pemaju OWG?. Ada elemen salah guna kuasa dan rasuah di MBPP dan PDC. Mereka pejam mata wal hal tahu Only World Group melakukan kesalahan selama 4 bulan.

Sumber memaklumkan terdapat elemen rasuah antara pemaju, PDC dan PBT. SPRM perlu menyiasat perkara ini.

SUMBER: Page Wa Sengat Lu

Advertisements

One thought on “Lim Guan Eng DAP benarkan The TOP@KOMTAR operasi secara haram demi Richard Koh proksinya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s