Tempoh reman Adam dilanjutkan ada bukti Zuraida terlibat

Posted on Updated on

adam reman tambah.jpg

Putrajaya: Tempoh reman Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Adam Rosly Abdullah dilanjutkan empat hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman terhadapnya sehingga 22 April ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 Adam Rosly, 29, ditahan untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.


Terdahulu, beliau dibawa ke mahkamah pada 9.18 pagi oleh pegawai SPRM dan dilihat memakai baju lokap warna jingga manakala tangannya bergari.

 Pada 10 Februari lalu, SPRM merakam keterangan suspek berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR. Adam dikatakan memberikan keterangan palsu berhubung pemilikan hartanya.

Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM selepas datang untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

adam sama.jpg

Semalam Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang menafikan Adam adalah Pegawai Khasnya walaupun semua tahu Adam adalah pegawai khasnya. Dikatakan SPRM bakal membekukan lagi lebih RM5 juta harta Adam dan Zuraida dari hasil haram.

Lanjutan reman Adam menunjukkan ada maklumat baru berhubung penglibatan Zuraida Ahli Parlimen Ampang itu. Zuraida bakal dipanggil SPRM dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s