Kerana Projek RM500 juta Pengerusi SUHAKAM kelu lidah Anwar Ibrahim istimewa di Penjara?

Posted on Updated on

jail-suhakam-razali.jpg

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata pusat tahanan, sama ada di penjara atau pusat imigresen, diurus jauh di bawah piawaian minimum, menyebabkan kesesakan di samping mengabaikan keperluan populasi wanita dan kanak-kanak yang semakin meningkat.

“Walaupun populasi tahanan kebanyakannya lelaki, semakin ramai wanita dan kanak-kanak yang diletakkan di tempat tahanan tanpa membuat perubahan infrastruktur yang perlu.

“Suhakam berpendapat bahawa peningkatan populasi tahanan adalah tidak seiring dengan peningkatan dalam sumber-sumber yang diperlukan seperti bajet,” kata Suhakam dalam laporan tahunannya yang diumumkan hari ini.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata hasil pemeriksaan pihaknya di penjara dan pusat tahanan imigresen menemukan “isu kemanusiaan serius” yang boleh menjadi “keadaan yang tidak berperikemanusiaan”.

 

Ditanya mengenai keistimewaan Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR yang bersalah kerana meliwat yang mempunyai keistimewaan di penjara Sungai Buloh tidak seperti banduan lain. Pengerusi Suhakam tidak mahu memberi komen mengenainya.

Anwar Ibrahim baru-baru ini turut diberi peluang berjumpa Isterinya Wan Azizah di Hospital selama 45 minit malah bebas membuat kenyataan media dari penjara.

suhakam.jpg

 

Sebelum ini ketika Perhimpunan Bersih, Razali menyokong Tun Mahathir dan penganjur perhimpunan bersih termasuk memberi amaran kepada KSN kerana menggunakan peraturan Kaedah Tatatertib penjawat awam bagi menutup mulut suara penjawat awam.
Blog itu mendakwa Tan Sri Razali ada membuat pertemuan sulit dengan Tun Mahathir sebelum perhimpunan Bersih. Mahathir mahu menggunakan Pengerusi SUHAKAM bagi tujuan jahatnya dalam perhimpunan BERSIH.

Sementara itu Bursa Malaysia pada 31 Oktober 2016 mengumumkan Penjualan saham dan kepentingannya di Cypark Resources Berhad. Ia satu isyarat bahawa Tan Sri Razali mahu menyelamatkan syarikat yang diasaskannya dari persepsi buruk jika beliau kelihatan terlibat dan menyokong Tun Mahathir serta kumpulan bersih. 

Mahathir akan mengunakan bekas-bekas pegawai yang rapat dengannya termasuk melantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s