SPRM harap ketua hakim baharu bebaskan badan kehakiman daripada rasuah

Posted on Updated on

“SPRM yakin Yang Amat Arif Tan Sri Md. Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara yang baru akan memacu Badan Kehakiman ke arah kecemerlangan dan pada masa yang sama akan mampu memastikan badan kehakiman di negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah”

– Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM

SPRM DZ DAN CJ.jpgPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya Ketua Hakim Negara baharu Tan Sri Md Raus Sharif akan memacu badan kehakiman itu ke arah kecemerlangan.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata SPRM juga percaya Raus akan mampu memastikan badan kehakiman negara bebas daripada sebarang gejala rasuah.

Selain itu, beliau berkata SPRM turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Ahmad Maarop, yang masing-masing dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya.

Dzulkifli berkata SPRM berharap pelantikan baharu itu dapat memperkasakan lagi kerjasama SPRM dengan badan kehakiman negara yang sedia terjalin dalam usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Raus yang merupakan presiden Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai ketua hakim negara berkuatkuasa 1 April, menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun 6 bulan.

SPRM SOKONG KETUA HAKIM NEGARA BARU.jpg

Sebelum ini kekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Mohd Noor Abdullah Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mencetuskan kontroversi teguran terhadap para hakim yang mempunyai kecenderungan untuk mengambil pendirian yang lebih lembut dalam menjatuhkan hukuman terhadap individu yang disabitkan rasuah.

“Hakim-hakim lembik sebab masyarakat lembik (bertolak ansur terhadap rasuah),” katanya.

Mohd Noor Abdullah Mohd Noor juga berkata denda yang dikenakan terhadap individu disabitkan dengan rasuah jauh lebih rendah daripada jumlah rasuah dilakukan.

“Apa dah jadi dengan hakim-hakim kita? Kes rasuah melibatkan wang dihukum dengan denda (dan pesalah) masih boleh untung.

“Hukuman tidak setimpal dengan jenayah itu. Mereka harus dihantar ke penjara,”

Teguran Mohd Noor mendapat kecaman dari Tun Ariffin Ketua Hakim Negara sebelum khidmat Ketua Hakim Negara itu tamat penghujung bulan Mac lalu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s