Hakim-hakim “Lembik” & kaki golf dengan kontraktor bakal tidak disambung perkhidmatan?

Posted on

CJ VS NOOR.jpg

28 Mac lalu Teguran Bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Mohd Noor Abdullah Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) terhadap para hakim hari ini yang mempunyai kecenderungan untuk mengambil pendirian yang lebih lembut dalam menjatuhkan hukuman terhadap individu yang disabitkan rasuah mengundang rasa tidak tidak senang Ketua Hakim Negara.

“Hakim-hakim lembik sebab masyarakat lembik (bertolak ansur terhadap rasuah),” katanya.

Tan Sri Mohd Noor Abdullah Mohd Noor yang kini merupakan ahli lembaga penasihat itu, sebelum ini berkata denda yang dikenakan terhadap individu disabitkan dengan rasuah jauh lebih rendah daripada jumlah rasuah dilakukan.

“Apa dah jadi dengan hakim-hakim kita? Kes rasuah melibatkan wang dihukum dengan denda (dan pesalah) masih boleh untung.

“Hukuman tidak setimpal dengan jenayah itu. Mereka harus dihantar ke penjara,”

kata Mohd Noor yang bagaimanapun menegaskan bahawa hakim perlu mengambil jalan tengah berdasarkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan.


Ketua Hakim Negara Selar Tan Sri Mohd Noor Abdullah. Mengapa?

Sehari selepas teguran Mohd Noor itu, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menyelar tindakan Tan Sri Mohd Noor bekas hakim mahkamah rayuan yang membuat kenyataan umum berhubung keputusan mahkamah, tanpa disokong statistik atau fakta.

“Kalau mahu buat kenyataan, buat kajian betul-betul, bukan hanya ‘general statement’ begitu.

“Ini tidak adil kepada badan kehakiman jika (dibuat) tanpa meletakkan statistik atau kajian,” kata beliau sambil menyatakan rasa terkejutnya. Arifin berkata, seorang bekas hakim perlu lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kerana kedudukan mereka dipandang tinggi masyarakat, menjadikan percakapan itu diambil serius.

Hari ini Hakim diberi rasuah dan kaki ‘golf’ bersama kontraktor

Walaubagaimanapun ada netizen yang bersetuju dengan pandangan Tan Sri Mohd Noor bahawa terdapat hakim yang lembik, mengambil rasuah dan ‘kawtim’ dengan kontraktor di dalam dan luar negara.

Sumber menyatakan ada Hakim yang dilayan baik oleh kontraktor, sering bermain golf dan mengambil rasuah. Tidak hairanlah kes mahkamah melibatkan kes rasuah hukuman tidak sepadan dengan kes sebagaimana kenyataan Tan Sri Mohd Noor Abdullah bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu.

SPRM sebelum ini menegur ketua jabatan dan penjawat awam yang bermain golf dengan kontraktor di  dalam dan luar negara.

Ketua Hakim Negara Bersara 31 Mac 2017

Rupanya tidak lama selepas teguran Bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang diselar oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria 31 Mac adalah tarikh akhir bertugas dan bersara wajib.

CJ.jpg

Tun Arifin yang akan mencecah usia 67 tahun pada 1 Oktober ini, pernah dilanjutkan perkhidmatan selama enam bulan. Usia persaraan bagi hakim ialah 66 tahun.

25 tahun dalam badan Kehakiman Negara. Pernah menjadi Majistret 1976, Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 1988 sebelum menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 dan Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002, Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005 dan Hakim Besar Malaya pada 2008. Pada 12 September 2011, beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Sekalipun Tun Ariffin berbangga dengan empat janji yang dibuatnya semasa dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Ke-13 pada 12 September 2011 iaitu menjadikan mediasi sebagai komponen teras dalam sistem kehakiman, latihan perundangan berterusan kepada hakim dan pegawai kehakiman, Kaedah-kaedah Mahkamah Digabungkan yang memudahkan prosedur sivil di mahkamah serta menaikkan bidang kuasa Mahkamah Sivil pastinya sebagai manusia tidak pernah terlepas dari kelemahan.

Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri JPM berkata, ada hampir 60,000 kes tertunggak di mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan ketika ini. Ia termasuk 1,050 kes sivil dan jenayah di mahkamah persekutuan dan 3,863 kes jenayah di mahkamah tinggi. Apakah ini satu prestasi yang membanggakan?

Kerajaan tidak menyambung khidmatnya mungkin dikaitkan dengan faktor-faktor yang disebutkan selain faktor umur. Ada kemungkinan teguran Tan Sri Mohd Noor bekas Hakim Mahkamah Rayuan adalah berkaitan.

Sumber menyatakan Tun Ariffin sering bermain golf dengan kontraktor semasa dalam perkhidmatannya yang boleh memberi tafsiran seolah-olah terdapat kepentingan. Pastinya jika diperlukan bukti ia boleh didedahkan kemudian. Menurut sumber-sumber, Tan Sri Md Raus 66, bakal menggantikan Arifin berikutan kedudukannya dalam senarai kekananan badan kehakiman.Mengikut hieraki, beliau adalah Hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan diikuti Zulkefli dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Apapun kita berharap kerajaan membuat penilaian sehabis baik pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru. Jangan terhantuk baru tengadah! lebih-lebih lagi yang simpatisme kepada pembangkang dan cina DAP. Buruk padahnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s