Penyokong PPBM Kedah ditahan PDRM kerana hina Sultan Johor

Posted on Updated on

fbi kena tangkap.jpg
Kredit Infografik: Wa Sengat Lu

Polis menahan seorang lelaki bernama Fharid  Bin Ismail (FBI) berasal dari Baling Kedah seorang pendokong kuat Parti Pribumi Bersatu (PPBM) kerana memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebooknya. Facebook Wa Sengat Lu mendedahkan sikap biadap Fharid Ismail yang akhirnya turut mengundang kemarahan netizen berbangsa Johor.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam di perkarangan Balai Polis Baling, Kedah.


Menurutnya, polis Johor menerima satu laporan semalam berkenaan satu kenyataan jelik yang dimuat naik dalam aplikasi Facebook terhadap Sultan Johor.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut dan mengesan individu yang dipercayai memuat naik kenyataan tersebut,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata tindakan pantas polis Johor dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kemudian berjaya menahan lelaki terbabit petang tadi.

Beliau berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit, tiga kad sim, lima kad memori serta seunit pemacu kilat daripada lelaki berkenaan.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial atau bersedia menghadapi tindakan tegas pihak polis.

Menurut sumber terdapat beberapa lagi individu yang menghina Sultan Johor bakal ditahan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s