Ahmad Idham jual modal”Anak OKU” dapat dedak Azmin Ali RM100 ribu hentam Najib?

Posted on Updated on

ahmad idham jual anak.jpg

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang membuka sebuah sekolah khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) diberi nama Eden Firdaus Special Need Centre sempena nama anaknya hari ini mendapat RM100,000 dari Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Pengumuman itu dibuat dalam twitter Menteri Besar  memaklumkan kepada Ahmad Idham.

“Ahmad Idham Saudara, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk Eden Firdaus Centre sebanyak RM100,000 ribu. Cek juga telah siap”. Kata Azmin Ali

Sebelum ini Ahmad Idham yang mendapat perhatian dari twitternya kerana gagal keluar negara di pintu imigresen bulan lalu kerana hutang PTPTN. Sejak itu saban hari Ahmad Idham mengkritik apa saja yang tidak kena terhadap kerajaan.

Kritikannya terhadap Kerajaan Selangor akhirnya membuahkan hasil dengan pemberian cek RM100, 000 itu sambil meminta maaf kepada Azmin atas tegurannya terhadap kerajaan Selangor.

” Saya menyusun jari sepuluh mohon maaf pada YB Azmin Ali dan amat terharu kepada repond pantas beliau diatas keluhan saya. bangga ada pemimpin begini”. Kata Ahmad Idham dalam twitternya.

Komen Ahmad Idham dan pemberian cek RM100,000 itu mendapat perhatian dari netizen. Seorang pengguna facebook Mohd Faisal menyindir Ahmad Idham patutlah selama ini menghentam kerajaan rupanya ada yang tak terpenuhi.

” Patutlah lain macam menghentam selama ini. Rupanya ada syarat yang perlu dipenuhi kot ? Ini bukan lagi dedak yang direnjis atau ditabur. Tapi ini dedak yang ditumpahkan dari lori. Slurpppppp…….jilat pun gred AAA ler” katanya

Ahmad Idham yang meninggalkan syarikat produksinya Excellent Pictures pada tahun 2014 telah berpindah ke negeri Johor dan menubuhkan Ahmad Idham Film Academy (AIFA) di Nusajaya. Selain faktor perubatan anak. Excellent Pictures sebelum ini pernah mendapat kontrak membekal drama untuk TV3.

Terdapat desas desus mengatakan Ahmad Idham sedang mengalami kejatuhan dalam dunia perniagaan dan dikatakan ‘muflis’.Bagaimanapun Ahmad Idham menafikannya dan menganggap ia sesuatu yang lucu.Terbaru Ahmad Idham kembali dengan filem ‘Minah Moto’ diterbitkan syarikat produksi barunya Aifa Motion Sdn Bhd.

Kisahnya tidak dilantik sebagai Ketua Pengarah Finas dan juga Ahli Lembaga Finas berbanding Datuk Yusof Haslam sedikit sebanyak mengecewakannya.

Tahun lalu Ahmad Idham dengan bangganya mengumumkan menubuhkan  Eden Firdaus Special Need Centre atas alasan masih ramai yang berasa malu untuk mendapatkan bantuan sewajarnya bagi membantu perkembangan anak-anak mereka dan dia ingin mengubah presepsi tersebut agar golongan OKU ini turut diberi peluang, sekurang-kurangnya mampu menguruskan diri sendiri.

“Saya sendiri mempunyai seorang anak istimewa dan sebagai bapa saya faham situasi dan dilema dihadapi golongan yang mempunyai anak OKU.

“Bertitik tolak daripada itu saya terbuka hati untuk membuka sebuah sekolah khas untuk golongan OKU kerana ingin membantu sesiapa yang mempunyai anak istimewa.

 Eden Firdaus Special Need Centre dinamakan bersempena anak sulungnya Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 16, yang mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
Idham Firdaus.jpg
Ahmad Idham berkata, setakat ini Eden Firdaus Special Need Centre sudah pun mempunyai seramai tujuh orang pelajar dan lima tenaga pengajar berpengalaman manakala isterinya Amy Aziz bertindak sebagai pengetua.

“Isteri saya mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam bidang penjagaan dan pendidikan kanak-kanak dan sebab itu saya minta dia sendiri menerajui sekolah berkenaan.

Netizen berpendapat Ahmad Idham sedang menjual ‘Anak  OKU’nya untuk mengumpul dana bagi Eden Firdaus Special Need Centre. Tegurannya terhadap Azmin telah menguntungkan dirinya dan Eden Firdaus Special Centre itu yang memang berbelanja tinggi setiap bulan. Eden Firdaus dijadikan tempat mengaut untung untuk Ahmad Adham.

Seorang blogger Khairulryezal dalam blognya memerli Azmin Ali bila dapat duit terpaksa memuji-muji Azmin Ali.

“Perbualan Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali di media sosial Twitter yang telah meluluskan peruntukan kepada Eden Firdaus Centre milik Ahmad Idham sudah cukup untuk beliau memuji memuja Menteri Besar berkenaan di media sosial berkenaan”. Katanya
Advertisements

One thought on “Ahmad Idham jual modal”Anak OKU” dapat dedak Azmin Ali RM100 ribu hentam Najib?

    Shahin Jat said:
    March 19, 2017 at 7:00 pm

    Muka up pun muka terencat mat idham oiii

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s