Selepas keluar Parti Bersatu Ezam jadi ‘gila’ ke Parlimen Pekan lawan Najib?

Posted on Updated on

 

ezam bangal.jpg

KUALA LUMPUR: Tidak lama Ezam Mohd Noor keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Ezam yang mengumumkan parti baru  Parti Bebas Rasuah (PBR) sudah bersedia untuk bertanding pilihanraya di DUN Parlimen Pekan.

Sebuah facebook dinamakan “Parti Bebas Rasuah” didakwa milik Ezam membuat kenyataan penuh yakin kajian empirikal dengan bantuan Merdeka Center di Pekan partinya mampu memberi saingan untuk menawan mana-mana DUN di Parlimen Pekan.

“Merdeka Center dalam kajian itu merumuskan bahawa peluangnya untuk menang di salah satu DUN di Pekan adalah 65%. Seramai 800 orang responden yang telah dihubungi menerusi telefon menyatakan mereka mahu beralih ke parti baru pada PRU14 ini” 

“5% daripada responden percaya Najib boleh kalah di Pekan. 61% percaya Najib akan menang lagi di Pekan, selebihnya bersikap berkecuali. 65% pula percaya BN akan hilang satu kerusi DUN di Pekan”. kata Ezam penuh yakin. 

ezam 1.jpeg

 

 

ezam 2

EZAM 3.jpeg

 

EZAM 4.jpeg

Ezam yang akan bergabung dengan Khairuddin orang kanan Mahathir percaya masalah dalaman di Parlimen Pekan bakal memberi kelebihan kepadanya.

ezam“Begitu banyak faktor yang membolehkan saya menang, terutamanya pemimpin UMNO bahagian yang bekerja secara ‘silo’, berpuak-puak, berebut jawatan, ambil leka dan pengundi luar memberi peluang kepada parti baru kami di Parlimen Pekan”.

Ezam akan mula melancarkan serangan besar besaran pada pertengahan April ini bagi misi menawan satu DUN di Pekan bakal menggunakan tema kempen  Parti Bebas Rasuah, tumbang raja rasuah di Pekan. Tumbanglah BN di Malaysia.

Bagaimanapun seorang AJK UMNO Bahagian Pekan mendakwa hasrat Ezam hanya angan-angan sahaja tidak mengukur baju di badan sendiri.

“Kalau Ezam berani cubalah” kata AJK bahagian yang tidak mahu namanya didedahkan. Netizen turut mengecam Ezam sebagai kuat berangan. Kisah ‘Kotak hitam’ yang kononnya di simpan Ezam sehingga hari ini tidak didedahkan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s