Laporan “Kaki clubbing” UIAM punca Syed Saddiq kecam RUU355 mahkamah syariah?

Posted on Updated on

 
SYED CLUBBING TUTUP.jpg

Hari ini genaplah setahun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dikatakan menjalankan siasatan berhubung pengakuan Ketua Armada Parti Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku pergi ke sebuah kelab malam ketika mewakili negara dalam satu pertandingan debat di Manila yang belum didedahkan.

SYED CLUBBING HH

15 Mac tahun lalu Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar UIAM, Prof Datuk Dr Mizan Hitam melalui satu kenyataan yang dihantar kepada media berkata pihak universiti akan menjalankan siasatan berhubung isu tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Pihak UIAM telah memulakan siasatan bagi tujuan mengenal pasti sama ada pelajar terbabit telah melanggar mana-mana peruntukan di bawah ‘IIUM Students Disciplinary Rues 2004 (Amendment 2014)’.

“Pihak berkuasa tatatertib universiti akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelajar menghormati peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti” katanya

Menurut Mizan peraturan yang ditetapkan secara jelas menyatakan peserta debat yang mewakili universiti tidak dibenarkan untuk memasuki pub, kelab malam, pusat hiburan dan sebagainya

Bagaimanapun sejak setahun lalu tidak ada keputusan laporan itu didedahkan terhadap Ketua Armada Parti Bersatu Malaysia (PPBM). Apakah UIAM telah menyembunyikan kes memalukan universiti itu? Menurut netizen Hafizi Haris dalam facebooknya sudah setahun siasatan kes itu.

“Hari ini dah 16 Mac genap setahun. Siasatan isu Clubbing tidak pernah ada dan didedahkan melibatkan Ketua Armada PPBM ini. Syed Saddiq mengaku clubbing. Hari ini Ketua Armada itu menyelar Akta RUU Mahkamah Syariah. Mesti ada kaitan dengan sikap kali ‘clubbing’, minum araknya dan kaki perempuannya dengan Akta ini. Bukan main dia sembang ikut logik akalnya. Rupanya Syed Ketua Armada ni kaki Clubbing sejati”.

Sumber pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM  memaklumkan kes ini ditutup untuk menyelamatkan maruah Syed Saddiq dan UIAM.

“Kes disiplin Syed Saddiq mengunjungi kelab malam terpaksa ditutup kerana melibatkan maruah dan pengurusan atasan UIAM. Orang luar tidak perlu tahu kes ini” Kata sumber itu yang tidak mahu namanya didedahkan. 

“Syed Saddiq sejak setahun lalu ada berunding dengan pihak UIAM agar laporan kes itu ditutup tidak perlu didedahkan memandangkan beliau aktif politik sebagai Ketua Armada PPBM.” katanya

Bulan lalu Syed Saddig Ketua Armada PPBM menentang pindaan AKta RUU 355 penguatkuasaan mahkamah Syariah.

“Mengapa saya sebagai seorang Melayu-Muslim tidak menyokong RUU 355 versi TG Hadi?”

 “Melalui hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda sebanyak RM 100,000 selain disebat sebanyak 100 kali untuk setiap kesalahan, hukuman ini akan melumpuhkan masa depan mereka, saya bukanlah seorang yang suka akan unsur perkauman, akan tetapi realitinya, sebahagian besar golongan yang akan terkesan teruk adalah golongan Melayu-Muslim kita sendiri.” kata Syed Saddiq menyelar Akta RUU 355.

Seorang netizen bernama Fadhli Firdaus dalam facebooknya membidas kenyataan Syed Saddiq sebagai penuh falasi hujah yang lemah dalam Akta RUU355.

“Hujah Syed Saddiq Satu manipulasi kata-kata yang nyata. Inilah falasi. Ini dipanggil Straw hat fallacy, menggambarkan sesuatu lain daripada apa yang sebenarnya berlaku”. Katanya. 

Pendek kata Syed Saddiq seorang pemutar belit. Mungkin inilah respon kaki ‘clubbing’ dan kaki minum yang merasa itu semua hak masing-masing di negara ini.

KN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s