Zairil lari dari media dan sah video menari berpelukan adalah Zairil DAP?

Posted on

zairil lari dari media.jpg
Gambar kiri: Zairil lari dari media kerana diasak soalan mengenai wanita di sebuah kelab malam.

GEORGETOWN – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari cuba mengelak daripada menjawab isu video seorang lelaki didakwa miripnya sedang menari dan berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam.

Zairil yang ditemui media di Kompleks Mahkamah Tinggi Georgetown di sini enggan mengulas selepas diasak media berhubung isu yang sedang tular di laman sosial itu.

Sambil meminta agar media tidak berasak dan menolaknya, Zairil turut menyoal semula kepada media tentang video yang disoal kepadanya.

“Eh…jangan tolak. Video mana?” katanya kepada media sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan bergegas meninggalkan sidang media, hari ini.

Sebelum itu, media menyoal Zairil sama ada beliau sudah membuat laporan polis atau tidak berhubung video berdurasi 12 dan 15 saat yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Terdahulu, Zairil menyifatkan video yang dikaitkan dengan dirinya sebagai mengarut selain menafikan lelaki berkaca mata yang sedang menari sambil berpelukan dengan seorang wanita adalah dirinya.

Cubaan Zairil melarikan diri dari menunjukkan lelaki dalam video itu sebenarnya adalah Zairil. Semalam viral dalam beberapa blog dan facebook mengenai pendedahan baru skandal wanita yang berpelukan dengan Zairil iaitu seorang bekas wartawan Freemalaysiatoday yang dibayar ratusan ribu menutup kes tersebut.

Hari ini dikatakan wartawan yang dinamakan sebagai Arfa Yunus akan melaporkan polis berhubung skandal itu Zairil. Namun belum ada apa-apa berita mengenai laporan itu. Portal FMT sehingga hari ini belum membuat apa-apa kenyataan mengenainya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s