SPRM bakal siasat MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd?

Posted on Updated on

sprm siasat gamuda

KUALA LUMPUR: Satu aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Param Sivalingam Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd – SSP Line telah dibuat awal bulan lalu susulan pendedahan sebuah blog tentang salah laku rasuah pegawai berkenaan. 

MRT Corp telah menganugerahkan projek RM15.47bil pakej bagi Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kepada MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT). Bagaimanapun MRT turut memberikan peluang kepada kontraktor bumiputera dan tempatan untuk terlibat sama dalam pembinaan projek MRT ini.

Menurut sumber aduan itu Param dikatakan membelakangkan keputusan konsultan yang sentiasa mengikut peraturan dan SOP MRT Corp tanpa mengikuti spesifikasi oleh MRT Corp dengan melantik  kontraktor berkepentingan  iaitu Syarikat  Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd bagi projek membekal bahan getah‘mechanical port bearing’ yang gagal dalam penilaian konsultan sebelum ini.
“Param sangat berkuasa sehingga tender yang dibuat syarikat dan pelantikan kontraktor dibelakangkan. Ia mengarahkan konsultan agar memilih syarikat pilihannya walaupun dalam penilaian konsultan adalah gagal. Ini boleh membahayakan nyawa dan memberi masalah kepada semua pihak”. Kata sumber yang namanya tidak mahu disiarkan.
MRT Corp dan SPRM wajar menyiasat kes ini bagi mengelakkan kesusahan kepada kontraktor bumiputera yang terlibat dengan projek itu.
Sebelum ini Gamuda pernah terlibat dengan isu skandal lot tanah Paya Indah Wetlands dan juga rasuah SPLASH. Bagaimanapun setakat hari ini SPRM tidak pernah melaporkan siasatan kes itu.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s