Netizen kecam SPRM kerana kenyataan media bermotif spekulasi

Posted on Updated on

 

mt-umno-media

KUALA LUMPUR: Hari ini sebuah syarikat membuat aduan  mendakwa sebuah yayasan  milik bekas Pengerusi MARA melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta. Pengarah pemasaran syarikat yang membuat aduan berkata dana RM2.7 juta itu untuk membangunkan perisian komputer bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Walaubagaimanapun aduan itu dibuat sengaja atas nama MT UMNO termasuk laporan kepada pihak polis.

SPRM dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan terhadap pemimpin politik itu melalui kenyataan media bertajuk “Kenyataan Media Rasmi SPRM – SPRM Teliti Laporan Dakwaan Terhadap Ahli MT UMNO” dan akan meneliti laporan itu.

 

Kenyataan media rasmi SPRM itu mengundang kecaman netizen kerana berbentuk dengan niat spekulasi menggunakan jawatan parti MT UMNO sebagai usaha memburukkan imej parti itu.

sprm-netizen

Menurut seorang netizen yang membuat kenyataan dalam facebooknya bernama Ab Jalil Backer berpendapat SPRM sudah cacat mental.

“Apa kena mengena jawatan Ahli MT UMNO dengan siasatan SPRM? Saya berani jamin siasatan tersebut berdasarkan jawatan lain sama ada dalam kerajaan atau NGO. Jadi kenapa mesti spesifik ahli MT UMNO? Sekarang ada 25 orang ahli MT UMNO yang terpalit dengan gosip ini.” katanya

“Tiba-tiba sahaja buat kenyataan akhbar akan buka kertas siasatan berdasarkan laporan polis. Kalau siasatan berdasarkan laporan Polis perlukah buat kenyataan akhbar?”

netizen-marah-1

Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang turut membuat komen betapa budaya menjatuhkan hukuman sebelum dibicarakan semakin menjadi budaya sekarang.

“ditahan untuk siasatan dah di sebarkan dalam media. kesian keluarga mereka. Bila ditahan untuk siasat macam sudah dijatuhkan hukum bersalah”. Katanya.

Seorang lagi pengguna facebook Mohd Noor Toyo (dipercayai adik  Dr Mohd Khir Toyo) menyindir SPRM sebagai pemberi rasuah sebenar.

“SPRM tidak berjaya mendakwa pemberi sebab SPRM adalah pemberi utama rasuah. Mereka merasuah pemberi dengan pelbagai imuniti”

Di negara ini, kes-kes tangkapan dan pendakwaan SPRM banyak berkisar kepada penerima rasuah. Pemberi rasuah pula bebas kerana dianggap sebagai saksi.Lantaran itu jarang kita melihat pemberi rasuah didakwa.

pengarah sprm.jpg
Dakwaan sebuah blog

Turut didedahkan dalam sebuah blog Captain M ialah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakub yang pernah terlibat dengan kes pemindahan pegawai SPRM bersama Dato’ Bahri Mohd Zin. Mereka dikatakan pegawai SPRM ‘Musang berbulu  ayam’ pro pembangkang dan punya agenda tersendiri. Rohaizad dikatakan masih pengarah di SPRM.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s