PTD hina kematian Adenan dipecat

Posted on

PTD HINA ADENA DIPECAT.jpg
Berita Harian 13 Januari 2017

KUALA LUMPUR: Pegawai tadbir diplomatik (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, digantung tugas dan diarah pulang  pada 13 Januari lalu telah diambil tindakan tatatertib dan DIPECAT sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

ptd-hina-pemimpin

Sumber berkata, pegawai itu yang digantung tugas serta-merta dan diarah pulang untuk siasatan lanjut susulan kenyataan dikeluarkan dalam laman Facebook ‘Wa Sengat Lu’  mengaku mengeluarkan kenyataan itu dalam facebooknya. Siasatan kes itu telah selesai.

Pegawai berkenaan juga bukan bertugas bersama Kementerian Luar, sebaliknya PTD kementerian lain yang mengikuti kursus dan ditempatkan di Filipina sejak November 2015. Memandangkan kesalahan PTD berkenaan amat berat selaku penjawat awam dan memalukan PTD maka hukuman pemecatan itu adalah setimpal.

Sebelum itu  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam akaun Twitternya mengesahkan tindakan sudah diambil ke atas pegawai terbabit. “Tindakan telah diambil. Pegawai diarah balik segera ke KL untuk tindakan tatatertib,”

tweet ksn.jpg

Sumber berkata kesalahan PTD bernama Nazrul Imran Mohd Nor selaku Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia, Manila dengan kata-kata menghina Allahyarham Tan Sri Adenan “Kesian, Hilang kawan, hilang deposit” menyebabkan sentimen kemarahan rakyat Sarawak yang sedang berduka. Kesalahan ini jelas dalam Peraturan -peratura Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.P.U. (A) 395/1993.

Hukuman ini satu pengajaran kepada penjawat awam yang melanggar peraturan dan sibuk dengan politik dari menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s