200 saksi dipaggil Kes Jabatan Air Sabah

Posted on

rasuah_sprm.jpg

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 saksi dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan 2 yang lain di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.48 juta.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Husmaruddin Hussin memberitahu Hakim Abu Bakar Manat pada prosiding hari ini, terdapat kemungkinan tidak semua saksi dipanggil memberi keterangan.

Peguam PJ Pereira dan Baldev Singh membuat permohonan untuk meneliti dokumen berkenaan di pejabat SPRM, 2 bulan sebelum perbicaraan bermula.

Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan bermula 4 Julai hingga 28 Julai dan 8 Ogos hingga 25 Ogos.

Ini pertuduhan pertama buat bekas Pengarah Jabatan Air Sabah. Ada banyak lagi pertuduhan selepas ini dibawah Akta SPRM 2009.

Leave a comment