-

Saudi Aramco labur RM31 bilion dalam RAPID Pengerang

Posted on Updated on

Hubungan Malaysia Arab Saudi
RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mendengar sesuatu yang diperkatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis menandatangani memorandum kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Seri Perdana hari ini.

PUTRAJAYA 27 Feb.- Pelaburan kira-kira RM30 bilion bakal dijana menerusi kerjasama Saudi Aramco dengan Petronas sebagai rakan pelaburan dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Saudi Aramco bakal menjadi pelabur tunggal terbesar dalam projek tersebut.

Jelas beliau, pelaburan tersebut antara perkara dipersetujui dalam mesyuarat dua hala antara beliau bersama bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud hari ini.

“Saya mengesahkan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dan segala butiran lanjut akan diumumkan dalam majlis menandatangani memorandum peesefahaman yang dimeterai esok.

“Ini merupakan satu bukti keyakinan Arab Saudi terhadap potensi Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi di Seri Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi dalam empat bidang iaitu, pendidikan, perdagangan, sumber manusia dan kerjasama antara agensi berita. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: