Peguam Lim Guan Eng takut kalah salahkan undang-undang SPRM

Posted on Updated on

gobin-singh-guan-eng.jpg

GEORGE TOWN: Peguam kepada ketua menteri Pulau Pinang yang terlibat rasuah dan ahli perniagaan Phang Li Koon Gobind Singh Deo dan V Sithambaram berkata Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah membenarkan pendakwa raya memperkenalkan bukti dan dokumen dalam perjalanan kes, tetapi pembela tidak boleh berbuat demikian.

Katanya peruntukan dalam undang-undang anti-rasuah menghendaki tertuduh mengemukan pernyataan pembelaan sebelum perbicaraan tak berperlembagaan.

“Peruntukan Seksyen 51A seolah-olah memberikan lebih kelonggaran kepada pendakwaraya untuk menggunakan bukti dan dokumen lanjut dalam perjalanan kes mereka sementara Seksyen 62 pula menghendaki tertuduh menghasilkan fakta dan dokumen sebelum kes bermula.

“Jika itu berlaku, ia bertentangan dengan peruntukan kesaksamaan di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 8 (1),” kata Gobind di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang petang tadi.

Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Masri Mohd Daud menyangkal hujah itu, kerana Akta SPRM tidak menghalang tertuduh menyerahkan pembelaan baharu semasa pendengaran, katanya.

“Seksyen 62 Akta SPRM jelas menyatakan ia tidak menghalang pihak pembelaan mengemukakan pernyataan pembelaan lain semasa pendengaran.

“Sebagai perbandingan, Seksyen 51A akta yang sama memerlukan pihak pendakwaan untuk memberikan apa-apa dokumen yang akan digunakan dalam pendengaran sebelum perbicaraan.

“Pihak pendakwaan juga perlu memberikan penjelasan yang munasabah kepada mahkamah apabila menyerahkan dokumen semasa perbicaraan, dan terpulang kepada budi bicara hakim untuk membenarkan dokumen itu,” katanya.

Sejak sekian lama Gobind sebagai peguam malah sebagai peguam kepada kes Anwar Ibrahim memang perkara ini pun sudah dilakukan sebelum ini. Namun Gobind kali ini mempersoalkan seksyen ini. Nampaknya Gobind seperti mengetahuai anak guamnya bakal sabit salah di mahkamah nanti. Maka beliau dan barisan peguam Lim Gua Eng akan melengahkan kes ini sebagaimana kes Anwar Ibrahim.

Hakim Hadhariah Syed Ismail menetapkan 7 Mac untuk keputusan ke atas permohonan itu.

Pada 30 Jun tahun lepas, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Guan Eng juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s