Projek ikan sturgeon RM146.24 juta 4 Pegawai FELDA ditahan

Posted on Updated on

rasuah-felda

KUALA LUMPUR: Empat pengurusan kanan FELDA termasuk seorang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi projek penternakan ikan Sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Individu berusia antara 30 hingga 57 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi, menerusi Operasi Caviar dilancarkan SPRM.

Sumber berkata, mereka disyaki terbabit dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak tahun 2014.

Menurut sumber, satu mesyuarat diadakan pada Januari 2013 berhubung projek berkenaan sebelum Lembaga Pengarah meminta seorang daripada suspek menyediakan laporan terperinci mengenainya bagi dibentangkan kepada lembaga pengarah.

Bagaimanapun, suspek tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan, menubuhkan sebuah syarikat pada Januari 2014 dan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan ikan Sturgeon di Korea bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta).

Siasatan awal SPRM mendapati, projek berkenaan tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar Pahang manakala pembayaran mula dibuat kepada pihak Korea berkenaan seminggu selepas syarikat ditubuhkan. “Suspek dipercayai sudah meluluskan pembayaran kira-kira AS$10 juta daripada dana FELDA kepada syarikat Korea berkenaan tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah,” kata sumber. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Perjanjian kontrak bagi pelaksanaan projek ikan sturgeon yang ditandatangani itu meliputi pelaksanaan Technology Transfer Service Agreement (TTSA) dan Design and Build Construction Agreement (DBCA).

“Perjanjian itu dipercayai ditandatangani suspek bergelar Datuk dan pengarah FCSB,” katanya.

FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.

Tangkapan SPRM adalah susulan laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Selain itu ia juga melibatkan penyelewengan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar,projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen.

Ditambah lagi masalah anak syarikatnya di luar negara Felda Iffco Turki yang sedang disiasat berhubung kerugian saham berjumlah kira-kira RM57juta dari urusniaga usaha samanya (JV) dengan syarikat berpangkalan di UEA dan Iffco Holdings Ltd.

felda
Menunggu masa!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s