Pengerusi GLC di buru! – SPRM

Posted on Updated on

SIAPA LAGI.jpg

26 November 2016, Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa meluluskan permohonan pinjaman program perintis kepada syarikat milik menantunya.

Rahim dituduh melakukan dua kesalahan di Ibu Pejabat Tekun Nasional di Bandar Tasik Selatan pada 31 Mac 2014.

Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Rahim, sebagai pegawai badan awam iaitu Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, dituduh telah menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan iaitu meluluskan permohonan pinjaman program perintis berjumlah RM100,000 kepada syarikat Dynamind Enterprise.

Abdul Rahim mempunyai kepentingan dengan Khairul Fadly Mahammad, pemilik syarikat Dynamind Enterprise, di mana beliau merupakan menantu tertuduh.

Mengikut pertuduhan kedua, Abdul Rahim dituduh meluluskan permohonan pinjaman program perintis RM100,000, juga kepada Dynamind Enterprise dengan mengetahui bahawa anak saudaranya, Khairiyah Khalid merupakan rakan kongsi dalam syarikat itu. Rahim dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Terbaru Datuk Abdul Rahim pada 8 Januari 2017 sekali lagi ditahan SPRM dan dihadapkan ke mahkamah Sesyen Shah atas dakwaan meminta suapan sebanyak RM36,000.

Kali ini Rahim dituduh menerima wang suapan itu sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang sebanyak RM360,009.08 pada 15 Januari 2015.

Rahim memegang jawatan itu sejak 2008 hingga 2014 melantik syarikat pemungut hutang itu kononnya bagi memungut hutang tidak dilangsaikan peminjam melebihi 2 tahun.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman yang ditahan SPRM, Rabu lalu, atas dakwaan salah guna kuasa dan  rasuah juga pernah menjadi ahli Lembaga Tekun Nasional ketika menjadi KSU MOA dahulu. SPRM sedang menyiasat sama ada Rahim dan Dato’ Arif mempunyai hubungkait dalam kes rasuah di MOA dahulu.

TEKUN YAYASAN JIWA.jpg

Desas-desas dari sumber SPRM dan juga kontraktor terdapat isu lain di Tekun iaitu sumbangan dari kontraktor yang dimasukkan dalam sebuah akaun sebuah Yayasan iaitu Maybank 564490212324. Benarkah? Katanya ada lagi selepas ni melibatkan pengerusi sebuah agensi. Hanya SPRM yang berkuasa untuk memeriksa semua jenis akaun bank.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s