Jeti Port Dickson milik proksi ancam nyawa rakyat- Menteri Pengangkutan & KTMB tak kisah?

Posted on Updated on

pic-5
Jeti ini membahayakan nyawa dan mencemarkan air laut

Kamikazenews mendapat satu emel aduan untuk di ketengahkan. Satu aduan telah dibuat kepada Dato’ Ir Mohtar bin Musri Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Putrajaya oleh Dato Mansor Mohammad berasal dari Rasah, Negeri Sembilan bertarikh 4 Januari 2017 untuk memaklumkan tentang keadaan jeti di Port Dickson yang dipunyai oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB yang tidak selamat digunakan.

Surat aduan adalah seperti berikut;

jeti.jpg
Surat Pengadu

surat dua.jpg

aduan3

Jeti itu dipajak kepada sebuah syarikat yang mengendalikan perlombongan arang batu yang menyebabkan pencemaran teruk kepada air dan pantai akibat sisa pepejal arang batu. Pengadu merupakan seorang yang tinggal di kawasan  berhampiran hotel di Port Dickson.

Pengadu dan netizen bimbang pencemaran teruk di pantai Port Dickson ini akan menjejaskan reputasi Port Dickson sebagai destinasi pelancongan. Selain itu, mendatangkan mudarat kepada rakyat dan pelancong yang datang ke Port Dickson.

Jeti sekarang sudah mengalami kerosakan akibat aktiviti pendaratan sisa arang batu ini. Keadaan jeti dikhuatiri runtuh pada bila- bila masa dan mengakibatkan kemalangan jiwa jika syarikat atau pengendali sedia ada terus membiarkan lori lebih muatan dan mesin berat tmenggunakan jeti terbabit tanpa kawal selia yang baik.

Faktor keadaan jalan dan infrastruktur di jeti terbabit tidak sesuai untuk operasi sisa arang baru. Lebih teruk lagi, laluan lori lori lebih muatan arang selama 24 jam ini melalui SRJK (C), Chung Hua, Klinik Kesihatan Ibu & Anak dan Balai Polis.

Jeti ini berhampiran dengan penempatan penduduk ini ia sudah tentu boleh memburukkan keadaan akibat terdedah kepada bahan tercemar, risiko penyakit dan kemalangan jiwa akibat pengangkutan arang batu ini.

Selain itu Jeti ini juga digunakan sebagai tempat penyimpanan arang  batu. Lantai jeti telah rosak dengan kesan lubang, retak dan tidak pun dibaiki. Hanya ditampal dengan besi murah untuk menutup kerosakan. Ini boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada sesiapa yang gunakan jeti tersebut.

Juga terdapat tongkang arang yang boleh melanggar jeti jika angin kuat dan cuaca tidak baik, selain lori lebih muatan yang boleh akibatkan risiko tinggi pada keadaan jeti.

Pengadu dan netizen menyeru pihak terbabit dapat mengambil perhatian serius aduan mengenai jeti berkenaan agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengelak pencemaran, kemalangan jiwa dan kerosakan berlaku di Port Dickson.

Sumber juga menyatakan jeti ini sepatutnya ditutup namun ada tangan-tangan ajaib yang terus menggunakan jeti yang berbahaya ini. SPRM wajar menyiasat perkara ini jika terdapat salah laku di kalangan para pegawai kerajaan.

pic 10.jpg
Gambar-gambar menunjukkan Jeti semakin rosak teruk kerana pemindahan arang batu

pic-9

pic 8.jpg

pic 7.jpg

pic 6.jpg

pic-4

pic-2

p9c-11

KTMB atau Perbadanan Aset Keretapi ( PAK) dan Kementerian Pengangkutan seharusnya meneliti semula sewaan pajakan syarikat pengendali ini yang tidak menepati aspek keselamatan dan kesesuaian penempatan penduduk. Jika melibatkan Pejabat Tanah Galian ( PTG) kerana sewaan tanah pemilik tanah sepatutnya memaklumkan pengambil alihan semula tanah dari dipajak kepada syarikat. Siapa pemilik syarikat yang memajak tanah dan jeti ini? sehingga mengabaikan keselamatan dan kesihatan rakyat berdekatan dengan jeti.

liow tiong lai.jpg

Dato’ Sri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan lebih berminat pada isu Puspakom yang dikatakan bermasalah dan mahu SPRM menyiasat dakwaan salah laku rasuah di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara. Adakah Tiong Lai mempunyai agenda  seperti bekas Menteri Pengangkutan Dato’ Ong Tee Kiat mahu menamatkan konsesi Puspakom milik DRB Hicom hak mendapat HaK Eksklusif selama 15 tahun itu?

Kata Tiong Lai dakwaan itu adalah serius dan perlu disiasat bagi mengelakkan mana-mana pihak menuding jari kepada agensi di bawah kementeriannya seperti Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan apabila berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Sedangkan Jeti Port Dickson milik KTMB yang disewakan kepada syarikat milik proksi tidak diurus dengan baik, menyebabkan pencemaran alam dan menjejaskan kesihatan orang awam kerna kerja -kerja pengangkutan dan pendaratan Arang Batu.

Sehingga hari ini tiada satu pun aduan itu mendapat respon dari pihak Kementerian Pengangkutan, sama ada KTMB, PAK, Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Putrajaya, PBT serta Jabatan Laut Malaysia ( MOT). Jangan terhantuk baru tengadah. Bila berlaku musibah barulah terhegeh-hendak menyelesailan masalah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s