Mukhriz arah serangan media sosial terhadap Anina?

Posted on Updated on

mukhriz-serang

Mukhriz Mahathir Timbalan Presiden PPBM meluahkan rasa kecewanya terhadap pelbagai isu parti yang diaurkan oleh media massa secara berlebihan mengenai parti Pribumi. Katanya sejak kebelakangan ini pimpinan PPBM  digambarkan seolah-olah bermasalah, berebut kuasa namun katanya ia sebahagian provokasi di media bertujuan melaga-lagakan pucuk pimpinan.

Sejak dua minggu ini kisah pemecatan Anina Saadudin sebagai Ketua Srikandi PPBM, kenyataan Khairuddin terhadap parti dijadikan senjata untuk memecah belahkan parti. Skandal Seks Anina, Presiden parti Tan Sri Muhyiddin dan terbaru “print screen’ skandal seks Syed Saddiq Ketua Armada PPBM dijadikan isu besar PPBM.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, usaha memecah belahkan pemmpin PPBM begitu giat dilakukan sekarang.

“Terlalu banyak fitnah disebar terutama menerusi alam maya untuk melaga-lagakan kepimpinan PPBM. Saya akui PPBM diserang bertubi-tubi, terutama oleh cyber trooper BN dan wujudkan propaganda kerajaan supaya rakyat menolak berita pembangkang di media sosial,” katanya.

Benarkah usaha melagakan pemimpin atau perlekeh pemimpin PPB dilakukan oleh Cytro BN?. Terbaru ugutan dan ancaman Anina Saadudin yang mempunyai Kunci dan Tekan Butang kunci untuk menghancurkan semua menjadi bahan lawak oleh ahli dan cybertroper PPBM itu sendiri.

Melalui Facebook para cyber troper PPBM, bekas pembantu Anina dan rakan-rakan Anina dalam parti memperlekah Anina sendiri.

Menurut Hafiz Azmi cytro Mukhriz Mahathir  terhadap Anina ” Saya tidak kisah pasal dia umi. Mula-mula simpati juga. Tapi dia melampau, kata parti bodoh la, serang parti dan terbaru ugut nak tekan suis. macam ini kah orang parti?”

Haiyan bekas pembantu khasnya memuat turun kenyataan facebook turut memperlekeh Anina

” sibuk sembang pasal KUNCI konon, meh aku tunjuk lagi banyak kunci aku ada. Hari-hari aku bawa ke mana je aku pergi. Bongok simpan sikit ye. Dah gi meeting dengan 8 orang termasuk Setpol dengan PA baik diam-diam je. jangan sibuk hal orang”. katanya

Malah ada yang berkata “pergi mampus” kepada Anina. Ezad Zainal suami Ratu Badak turut mengecam Anina sebagai kantoi dan bodoh

“hantar pi cari cytro konon nak hentam balik tapi kantoi bila budak-budak sendiri pecah lubang. Habis semua kena tuduh terima bayaran. bapak dia. Serius kantoi bodoh”. katanya

saya tdk kisah.jpg
Hafiz Ami cytro MMFC lantang mengutuk Anina

pergi-mapos

jlast.jpg

butang-dan-kuci

gatahayati.jpg

haiyan

Dari sikap cytro PPBM termasuk Mukhriz yang mempersoalkan usaha pihak luar melaga-lagakan pemimpin PPBM itu adalah jelas “budak-budak” Mukhriz sendiri menjadi dalang kepada usaha memburukkan dan memperlekehkan Anina di mata umum. Apakah ini usaha Muhkriz dari dalam melakukan serangan menyingkirkan Anina atau sesiapa sahaja yang menentangnya.

Umum mengetahui serangan Anina terhadap Mukhriz melalui audio tersebar dalam  media sosial baru-baru ini bahawa  Anina boleh melanggar Mukhriz atau sesiapa sahaja yang menganggu gerakan politiknya di Langkawi.

Ketika Khairuddin orang kuat Tun Mahathir menyerang Tan Sri Muhyiddin Presiden PPBM, Mukhriz kelihatan tidak melakukan apa-apa. Muhyiddin yang sekarang bercuti di Vienna menjadi bahan terbaru Khairuddin menyerang sikap Muhyiddin bercuti meninggalkan parti yang sarat dengan isu. Mukhriz pula tidak mempertahankan Muhyiddin tetapi lebih banyak mengungkit hal-hal melagakan pemimpin PPBM. Sedangkan dalam masa sama Cytro Mukhriz sedang menyerang Anina dan membiarkan Muhyiddin menjadi mangsa.

Advertisements

2 thoughts on “Mukhriz arah serangan media sosial terhadap Anina?

    […] Mukhriz arah serangan media sosial terhadap Anina? […]

    Like

    Percutian ‘Mabrur’ Muhyiddin Kucar-Kacirkan PPBM said:
    January 2, 2017 at 8:24 am

    […] Anina Saadudin disingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Ketua Srikandi. Belum masuk Cybertroper Mukhriz Mahathir yang menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa sama Mukhriz menuduh pihak luar melaga-lagakan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s