Lagi kekayaan Pegawai MB Selangor yang kaya rasuah didedahkan

Posted on Updated on

Tersebar di laman sosial serta aplikasi telefon pintar Whatsapp pendedahan kekayaan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor yang lebih kaya dari Adam Rosly yang menjadi isu baru-baru ini.

Laman menggunakan nama Captain M selain blog Sangkakalajari milik Ketua Penerangan UMNO Subang mendedahkan Hilman Idham sebagai penyelaras kepada semua projek Azmin Ali termasuk projek pasir Adam Rosly.

img_1347

Whatapps YB Manikavasagam yang disebarkan itu mendedahkan sebahagian kekayaan Hilham Idham.

Manikavasagam mendakwa Pegawai Khas MB Selangor memiliki harta bernilai hampir sejuta Ringgit dan mendakwa maklumat itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Info dari MACC, Pegawai Khas MB Selangor Hilman Idham, 30 tahun, didapati membeli sebuah rumah berharga lebih kurang RM800 ribu di I-City Shah Alam.

“Dan memiliki sebuah kereta Audi berharga RM340 ribu (harga atas jalan) selain beberapa utas jam tangan berjenama Paneral (RM60 ribu) dan Rolex (RM30 ribu),” dakwa Manikavasagam.

Blog Captain M itu juga mendedahkan memperolehi maklumat sumber dalaman dari pegawai MB Selangor Hilman Idham menjadi penghubung kepada kekayaan Adam Rosly dan proksi MB.

Sumber itu juga berkata banyak aset dimiliki oleh Hilman termasuk akaun bank mencecah puluhan juta ringgit. Gaya hidup mewah Hilman dan isterinya dalam Instagram dengan jenama mewah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali digesa tampil memberi penjelasan tentang isu ini begitu juga SPRM yang menyiasat kes ini agar didedahkan kepada rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s