SIAPA KETUA PENGARAH JPT?4 CALON BERSAING. KAKI LOBI ATAU KAKI KERJA YANG DAPAT!

Posted on Updated on

img_1212

Perhimpunan Agung UMNO sudah berlalu di PWTC menandakan gendang perang terakhir bagi persiapan parti menghadapi PRU-14 yang dijangkakan berlaku selewat-lewatnya penghujung tahun 2017.

Dato’ Seri Idris Jusoh Sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan di lantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri perlu memastikan supaya roh dan hasrat ahli parti untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional yang di tunjangi UMNO terus kekal berkuasa dalam PRU-14 akan datang. Bagi memastikan agenda dan kemahuan ahli akar umbi parti dapat direalisasikan, pemilihan pegawai-pegawai utama di kementerian perlu di pilih dalam kalangan penjawat awam yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan keberanian untuk memastikan politik kampus dapat dikembalikan ke landasan yang betul supaya gerakan mahasiswa dan pensyarah yang menentang kerajaan dapat di bendung sebagaimana yang berlaku di Universiti Malaya hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Naib Canselor IPT serta jawatan strategik dalam kementerian perlu di lantik dalam kalangan penyokong parti supaya agenda memperkasakan parti menguasai kerajaan dapat diterjemahkan. Selama ini pihak kerajaan sangat menitik beratkan pelantikan jawatan-jawatan utama dan strategik supaya KPT tidak hanya fokus kepada agenda kecemerlangan dan kualiti pendidikan bertaraf dunia tetapi pada masa yang sama dapat mengawal gerak kerja pembangkang yang sedang rancak menggunakan universiti, pensyarah dan mahasiswa sebagai agen menumbangkan kerajaan BN.

Dalam suasana kritikal sekarang, kumpulan pensyarah dan mahasiswa yang anti Najib Razak dan kerajaan berterusan digunakan sebagai alat dalam siri kempen politik PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, perhimpunan haram Tangkap M01, BERSIH, dan demonstrasi di Parlimen. KPT dan universiti di lihat terkebelakang dalam tindakan dan strategik untuk memantau dan mengambil tindakan kepada isu-isu yang memberikan gambaran negatif kepada kepimpinan Perdana Menteri. Tidak ada perancangan atau gerak kerja tersusun untuk mengekang agenda ini. KPT akhirnya di lihat selalu ketinggalan dalam mengatasi isu semasa yang memburukkan imej kerajaan oleh mahasiswa secara berterusan.

Menteri perlu ingat bahawa perancang utama yang memperkudakan mahasiswa dan pensyarah pembangkang ialah bekas Timbalan Menteri KPT Saifuddin Abdullah yang tahu semua sepak terajang di kementerian. Hari ini Saifuddin di lantik sebagai orang penting Penang Institute dan sudah pasti dia gunakan ruang yang ada dengan bajet yang besar untuk menggunakan anak muda dan pensyarah sebagaimana yang berlaku sekarang.

KPT sepatutnya telah lama sedar perkara ini tetapi Idris nampaknya masih ego dan tidak menggunakan kuasa yang ada dengan bijaksana supaya seorang Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi atau Naib Canselor yang menyokong dan mendokong aspirasi kerajaan boleh berperanan menjadi panglima perang membantu agenda PRU-14 dalam konteks pengajian tinggi negara. Ketua Pengarah JPT perlu ada jiwa UMNO dan berpengalaman untuk bekerjasama rapat dengan agensi dan sayap parti. KP JPT juga perlu ada keberanian dan pengalaman menguruskan Naib-Naib Canselor IPT supaya boleh main peranan dan beri kerjasama untuk gerak kerja membantu agenda PRU-14 lebih-lebih lagi untuk kawal NC dan TNC yang tidak mahu menyokong kerajaan.

Masa makin suntuk dan Menteri perlu buat pilihan tepat dan bijaksana. Jangan asyik nak Soaring Upwards tapi BN hilang kuasa dalam pilihanraya akan datang dah tak guna. Paling utama Menteri UMNO kena berani cari orang UMNO untuk bantu UMNO. Kuasa dah ada, nak tunggu sampai bila?

Kadir D, UKM

Advertisements

One thought on “SIAPA KETUA PENGARAH JPT?4 CALON BERSAING. KAKI LOBI ATAU KAKI KERJA YANG DAPAT!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s