PELANTIKAN HUSNI, LEMBAGA PENGARAH FELDA GELABAH?

Posted on Updated on

husni

Susulan bocornya info pelantikan bekas Menteri Kewangan Dato’ Seri Hj Ahmad Husni Mohamad Hanazlah sebagai Pengerusi FELDA menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini Lembaga Pengarah Felda mengadakan mesyuarat tergempar di PWTC membincangkan hal tersebut.

Desas-desus yang kuat mendorong keresahan dikalangan Ahli Lembaga Pengarah  tentang nasib mereka selepas ini dibawah pengurusan baru.

Dibawah pengurusan Isa Samad banyak begitu banyak penyelewengan dan kerugian dialami FELDA.

Terbaru laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Ia melibatkan penyelewengan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar,projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen.

Ditambah lagi masalah anak syarikatnya di luar negara Felda Iffco Turki yang sedang disiasat berhubung kerugian saham berjumlah kira-kira RM57juta dari urusniaga usaha samanya (JV) dengan syarikat berpangkalan di UEA dan Iffco Holdings Ltd.

felda.jpg

Menjawab  pertanyaan Bursa Malaysia mengenai maklumat yang terkandung dalam artikel Penipuan StarBiz FGV pada Rabu lalu CEO FGV, Datuk Zakaria Arshad telah menyatakan terdapat beberapa kerugian saham luar biasa yang dikesan di Felda Iffco Gida Sanayi, Turki.

Laporan dalaman mendedahkan Isa Samad telah menipu Perdana Menteri berhubungan urusniaga Felda di Turki yang dikatakan menjadi transit bagi produk Minyak masak Malaysia dihantar ke Israel.
Pelantikan Husni dikatakan bakal mengubah hala tuju baru FELDA
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s