SKANDAL KPT BAYAR BERJUTA BELI QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS SEHINGGA BIASISWA DIGANTUNG DAN ELAUN SARA HIDUP LUAR NEGARA LAMBAT!

Posted on Updated on

skandal-beli-rankings

Pendedahan page Idealis Mahasiswa  baru-baru ini mengenai sindiket Kementerian Pendidikan Tinggi mengarahkan Universiti Awam membeli ranking bagi meletakkan universiti sebaris dengan universiti terbaik dunia adalah sesuatu yang sangat memalukan.

Hari ini Menteri dan beberapa universiti yang berjaya dalam senarai baru QS World University Rankings masing-masing berbangga mengemaskinikan status mereka termasuk pelaporan media massa UM dari 146 tahun 2015 kini 133 tahun 2016.

“Lima universiti tempatan berada dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia,” oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. (Bernama, 24 September 2016)

KPT dan IPT nampaknya sibuk kejar RANKING DUNIA tapi mahasiswanya pula sekarang sedang sibuk merancang dan bersekongkol dengan pembangkang nak jatuhkan kerajaan. Demo Mahasiswa Tangkap MO1 dibiarkan. Nampaknya slogan ‘Soaring Upwards’ yang menjadi trademark di semua universiti dilaungkan di mana-mana sahaja majlis rasmi sehinggakan kadang kala kelihatan agak ‘berlebih-lebihan’ seolah-olah peningkatan kualiti pendidikan baru sahaja bermula semasa Idris Jusoh menjadi Menteri KPT.

Realitinya apa yang di capai oleh KPT pada hari ini adalah hasil perancangan strategik yang telah begitu lama di usahakan oleh bekas-bekas Menteri KPT sejak zaman Shafie Salleh, DS Mustapa Mohamed, dan Khaled Nordin menjadi Menteri melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN). Objektif utama pelan ini adalah untuk mengangkat pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi. PSPTN mula dilancarkan pada tahun 2007-2010 Versi DS Mustapa Mohamed, 2011-2015 Versi DS Khaled Nordin dan hanya di jenamakan semula oleh Idris Jusoh pada tahun 2015-2020 dan di tambah dengan sedikit warna Soaring Upwards.

Bezanya semasa kedua-dua Menteri iaitu DS Mustapa Mohamed atau Khaled mengetuai KPT, mereka bukan sahaja gigih merancang kecemerlangan untuk pendidikan tinggi negara tetapi juga mengambil berat tentang politik mahasiswa. Mereka berani berhadapan dengan mahasiswa dan mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang cenderung terlibat dalam politik yang menyalahi akta dan undang-undang negara. Gerakan mahasiswa pro-pembangkang pada masa tersebut dapat di kawal dengan baik oleh Naib Canselor dan TNC HEP dengan sokongan Menteri KPT manakala gelombang sokongan mahasiswa kepada kerajaan meningkat dengan ketara melalui program yang tersusun. Dengan keberanian ini kerajaan akhirnya berani meminda AUKU pada tahun 2012 kerana sokongan politik mahasiswa dalam kampus begitu kuat kepada parti pemerintah.

beli rank.jpg
5 Universiti Awam ini terlibat dengan Skandal pembelian ranking dari QS World University Rankings. Berbelanja lebih RM 2juta setiap tahun semata-mata rankings. terbaru UniMAP juga sedang melakukan usaha sama untuk tersenarai ranking tahun depan.

UNIVERSITI  BAYAR JUTAAN RINGGIT MENYERTAI QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS!

Bezanya sekarang KPT hanya memberikan penumpuan kepada status World Ranking semata-mata. Semua IPT diminta menyertai QS World University Rankings dengan membayar jutaan ringgit kepada badan ini semata-mata untuk bertanding dan membuktikan siapa lebih bagus. NC universiti tiada pilihan dan dipaksa untuk masuk liga berebut takhta terbaik dunia dan berlumba-lumba untuk memuaskan hati dan nafsu sekumpulan individu yang menjadikan kayu ukur kejayaan pendidikan tinggi dari sudut nombor semata-mata. Jika tidak akur bermakna universiti tidak seiring dengan apa yang kementerian mahu. Ini belum masuk kepada isu pelantikan pensyarah luar ke dalam IPTA untuk kejar ranking.

Inilah apa yang dilakukan oleh Dr Zaini Ujang semasa KSU dulu dan Dr Asma Ismail Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi KPT. Mereka memburu rankings.

ranking-1
Cara membeli rankings

Universiti dipaksa membayar lebih RM 2juta untuk membeli rankings. Semua Universiti yang tersenarai dalam  QS World University Rankings didapati membayar jutaan ringgit sejak beberapa tahun dulu. Hasilnya luar biasa. Adalah sesuatu yang ganjil kedudukan apabila UM, UUM, UKM, UPM dan UTM tiada dalam senarai yang hebat dalam Times Higher Education World University(THES). Terbaru UniMAP dan beberapa Universiti turut terlibat berbelanja untuk membeli ranking ini.

Menurut sumber dalaman,  Universiti Awam yang mempunyai peruntukan dana pasti akan terjebak. Bersiap lebih RM2 juta!. Mendaftar di QS World University Rankings sahaja memerlukan Universiti awam membayar melebihi RM1juta. ( Beli Sistem & Kriteria Penilaian).

Belum masuk lain-lain lagi. Selebihnya adalah kaedah berikut;

1. Ikut QS buat conference/seminar/program bersama. QS kutip yuran universiti perlu bayar.

2. QS buat seminar DLL. Universiti buka ‘booth’. Universiti kena bayar QS lagi

3. Universiti kena sertai seminar anjuran QS dan Universiti kena bayar kepada QS.

4. QS Star Ratings juga perlu dibayar oleh universiti.

Demi QS World University Rankings Universiti akan manipulasi data terutama data pelajar dan pensyarah. Contohnya Jika Universiti Malaya ada

17000 pelajar
2900 pensyarah
798 pensyarah antarabangsa

Nisbah pelajar pensyarah UM dijadikan sebagai antara yang terbaik di dunia iaitu

6 pelajar 1 pensyarah. ( 6:1)

Boleh percaya ke? Setiap 3 pensyarah tempatan ada 1 pensyarah luar negara? Benarkah? Tidakkah universiti tipu data?

Jika begitu apa nasib pensyarah tempatan? Dikejar tak dapat dikendong berciciran!

Cuba anda lihat kedudukan mereka di THES Rankings dan Shang Hai Jio Tong Rankins (SJTU). Sama tak? Mengapa hanya QS World University Rankings?

Inilah cara KSU, Ketua Pengarah JPT dan Para Naib Canselor Universiti Awam menipu Menteri. Kasihan Menteri KPT. Pihak universiti perlu bersikap jujur. Usah guna jalan pintas begini.

Selain wang rakyat terbang berjuta kerana membayar QS World University Rankings, pensyarah pula dipaksa oleh sistem untuk fokus kepada penyelidikan dan penerbitan selain berlumba-lumba mengumpulkan geran penyelidikan sehingga lupa tugas mendidik mahasiswa. Kriteria ini pula telah diletakkan sebagai KPI untuk naik pangkat di universiti dan ramailah yang berlumba-lumba untuk jadi penyelidik dunia. Bila pensyarah sibuk dengan KPI universiti dan kerja nak kejar naik pangkat jawatan Profesor C, B atau A mahasiswa akhirnya bukan lagi menjadi keutamaan. Nampaknya kita sekarang mengejar “Excellence without a Soul”. Aspek moral, nilai, patriotisme dan kemanusiaan hanya menjadi perkara ke dua dan urusan ini pula diletakkan sepenuhnya kepada pegawai-pegawai dan TNC HEP untuk menguruskan.

Universiti Malaya hari ini contohnya sangat cemerlang kerana berada dalam rangking 200 universiti terbaik dunia tetapi gerakan mahasiswanya juga hebat menjatuhkan kerajaan. Inikah model contoh univeristi yang diinginkan oleh KPT supaya semua 20 buah universiti awam saling berlumba-lumba sesama sendiri? Kegilaan ini akan terus menghantui IPT setiap tahun dan merosakkan makna sebenar menara ilmu yang sepatutnya melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab dan cintakan negara.

Kecemerlangan tanpa asas kukuh dibimbangi akan menjadi senjata makan tuan kepada kerajaan BN jika tidak dilaksanakan dengan berhikmah. Gerakan mahasiswa boleh menggugat dan jangan di pandang sebelah mata. Jika Menteri belum sedar, eloklah berguru dengan DS Mustapa Mohamed atau Khaled Nordin. UM sanggup membayar jutaan ringgit kepada QS World University Rankings tapi tidak sanggup untuk menghalang gejala keselamatan negara yang bermula dari UM.

KESAN BURUK BAJET UNIVERSITI DIPOTONG, BIASISWA DIGANTUNG DAN ELAUN SARA HIDUP PELAJAR LUAR NEGARA LAMBAT

kpt elaun.jpg

Dulu kecoh tentang Bajet KPT yang dipotong, kini kecoh Biasiswa PraUniversiti digantung serta elaun sara hidup pelajar PHD yang lambat diterima dari KPT. Bayar kepada QS tersangat cepat namun urusan pelajar terbantut.

Menteri kenalah mula melihat keseluruhan sistem pendidikan dan merobahnya untuk masa depan anak bangsa dan masyarakat. Kepentingan masyarakat perlu dipentingkan bukan kegilaan ranking. Jangan jadi macam Pak Pandir yang menang sabung tetapi kampung tergadai. Pulangkan universiti kepada masyarakat dan universiti mestilah berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk agensi ranking semata sehingga mengabaikan perkara penting seperti biasiswa dan elaun sara hidup pelajar.

Sebab apakah Dr Zaini Ujang dan Dr Asma Ismail di buang dari KPT? Skandal beli rankings inilah puncanya.

Ahmad Khusairi

4 thoughts on “SKANDAL KPT BAYAR BERJUTA BELI QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS SEHINGGA BIASISWA DIGANTUNG DAN ELAUN SARA HIDUP LUAR NEGARA LAMBAT!

    Idris Md Noor said:
    October 3, 2016 at 1:04 pm

    Isu di atas mcm nak percaya, tapi bila diteliti flow cerita ada yg diragui. Biasanya peruntukan utk aktiviti KPT ada vot tertentu. Ubah status bukan mudah, prosedur kerajaan ketat. Bantuan kewangan, scholarship versus beli ranking QS, adalah vot berbeza. World ranking penting utk jaminan kualiti graduan dan GE. Industri ada byk pilihan tenaga manusia, dan bila univ awam ada ranking, kita boleh pasarkan graduan kita ke luar negara. Idealis versus aspirasi di kampus. Idealis pro pembangkang, aspirasi pro kerajaan. Demokrasi dan kebebasan hak asasi diamal. Dah lama ada, tak ada kaitan dgn bantuan kewangan dan ranking. Pandai2 lah kempen, klau siswa suka, ttg diaorang undi.

    Like

    Muzami said:
    October 6, 2016 at 3:38 am

    Penasihat DS Idris Jusoh ialah Brig Jen Datuk Prof Emeritus Kamarudin Hussin. Sudah pasti dia nasihat DS Idris Jusoh agar semua universiti bayar QS. Sebab UniMAP pun bayar QS.

    Like

    […] ini pada 2 Oktober 2016 pernah melaporkan mengenai sindiket Kementerian Pendidikan Tinggi mengarahkan Universiti Awam […]

    Like

Leave a comment